Pages

Sunday, 3 June 2018

[Video KELUAR BN-MCA perlu menerusi Mesyuarat Komponen & Pembangkang Mahu Tukar Kerajaan Sangat Tipis, kata MCA] Tarzan, Bugs Bunny, Ultraman, dan anjing Rin Tin Tin nak jadi ketua pemuda Umno.

Ahad, 3 Jun 2018



'Tarzan pun nak jadi ketua pemuda Umno'

Persaingan merebut jawatan-jawatan utama dalam Umno semakin menarik, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pertandingan tiga penjuru atau lebih.
Antara yang jelas kini bagi jawatan ketua pemuda Umno selepas tiga individu tampil menawarkan diri untuk menjadi pengganti penyandangnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Tumpuan terhadap perebutan itu dilihat makin mendapat perhatian selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut mahu mencuba nasib walaupun beliau kini dalam 'buruan' pihak polis.
Terdahulu, jawatan itu juga menarik minat bekas timbalan menteri Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan penyandang Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.
usteru, keingginan Jamal itu juga dilihat sebagai sisi-sisi humor dalam arus perkembangan politik negara khususnya Umno pasca-pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Bagi bekas pengarang kumpulan New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor, kemahuan Jamal itu katanya bakal disusuli oleh calon-calon lain termasuk 'Tarzan'.
Dengan nada agak sinis, beliau menyifatkan kemahuan Jamal itu sebagai kontradik dengan masalah yang dihadapi pemimpin yang kini bertindak menghilangkan diri daripada umum.
"Azwanbro (Khairul Azwan) nak jadi ketua pemuda Umno, Asyraf Wajdi nak jadi ketua pemuda Umno, Jamal J yang lari lintang pukang masuk ladang sawit itu pun nak jadi ketua pemuda Umno.
"Kejap lagi Tarzan akan kata dia pun nak jadi ketua pemuda Umno, Bugs Bunny, Ultraman, dan anjing Rin Tin Tin itu juga akan kata mereka nak jadi ketua pemuda Umno," katanya dalam satu tulisan di Facebook, hari ini.
Mk.

No comments:

Post a Comment