Pages

Wednesday, 13 June 2018

[Video Kenapa Najib Sanggup Menipu Rakyat? MEMBAWANG Forum 'APA DI SEBALIK 1MDB' Tengok siapa yang BANGANG!] Ho, ho, hooo, Apahal Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia ni nak buang Umno pulak! Aikkk...cepatnya Ibrahim Abu Shah buat u-turn?

Rabu, 13 Jun 2018


CEPATNYA BUAT PUSINGAN U?

Sebelum PRU 14 - Ibrahim Abu Shah berkata, negara ini akan hancur hanya dalam tempoh dua tahun jika pentadbiran negara diambil alih oleh Pakatan Harapan.

"Tengok  manifetso mereka sudah cukup,  banyak perkara yang bercanggah dan hanya berkaitan dengan kepentingan perubadi.

"Apa tujuan mereka nak jatuhkan Najib Razak. Bukankah ia lebih bersifat personal, dendam dan marah," katanya dalam ucapan di Dewan Negara.
Selepas PRU 14 - hanya kira-kira sebulan sebaik BN kalah dan Pakatan Harapan mentadbir negara, orang yang sama, Ibrahim Abu Shah memaklumkan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia membuat keputusan membuang perkataan UMNO pada nama kelab tersebut.

Katanya, kelab itu kini hanya dikenali Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia sahaja.

"Semalam kelab ini mengadakan mesyuarat agungnya dan memutuskan membuang perkataan UMNO dalam perlembagaannya serta mengambil pendirian menyokong kerajaan pada hari ini tanpa berbelah bagi.

"Dulu BN dan kini kita beri sokongan kepada kerajaan Tun Mahathir Mohamad. Full stop," tegasnya.

Aikkk...cepatnya buat u-turn?
Meskipun dalam entiti yang berbeza, tetapi cepatnya beliau bersuara sebaik kerajaan bertukar tangan tentu agak menghairankan sesiapa.

Selain sebagai bekas Naib Canselor UiTM dan merupakan ahli jawatankuasa Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia serta Ahli Dewan Negara, Ibrahim Abu Shah juga ialah Ahli MT UMNO yang mempengerusikan Biro Pendidikan parti itu.

Apakah selepas ini, kalau pun tidak mengundurkan diri daripada UMNO, nada suaranya dalam pelbagai jawatan yang disandangnya akan turut berubah sama? (ShahbudinHusin 13/06/2018)

No comments:

Post a Comment