Nampaknya Najib begitu yakin sekiranya Najib didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah..
InsyaAllah kami rakyat satu negara tak sabar menantikan saat-saat Najib dibicarakan di kandang mahkamah disusuli Rosmah..
InsyaAllah kami rakyat satu negara tak sabar menantikan saat-saat Najib dibicarakan di kandang mahkamah disusuli Rosmah..
KALAU SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU?
Najib juga tak tahu daripada mana datangnya dana membeli barang kemas Rosmah...
Najib turut tak tahu wang 1MDB diguna beli lukisan dan kapal layar mewah....
Akhirnya, Najib jadi tak sangka bala besar menimpanya dalam pilihanraya lalu...
Sejak kehilangan kuasa ini, watak Najib ternampak semakin menghairankan.
Semua yang berlaku sebelum ini, terutama berkaitan 1MDB, beliau seperti tak tahu belaka.
Benarkah dia tak tahu?
Kalau semua tak tahu, apa yang Najib tahu?
Najib tahu tak dia pecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir kerana mereka mempersoalkan wang dalam akaun peribadinya itu?
Najib tahu tak media sosial, WSJ, Washington Post dan media antarabangsa lain sebelum ini banyak menyiarkan mengenai skandal 1MDB, sumber wang dalam akaun peribadinya dan pembelian barang-barang kemas untuk Rosmah?
Masih tak tahu juga?
Najib tahu tak bahawa beliau sebelum ini adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB?
Tahukah Najib beliau kini hanyalah bekas Perdana Menteri yang sudah kehilangan kuasa dan tempatnya diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad?
Masih tak tahu lagi?
Akhirnya, tahu tak beliau sekarang ini masih suami Rosmah dan bapa tiri kepada Riza Aziz? (ShahbudinHusin 21/06/2018)
No comments:
Post a Comment