Pages

Wednesday, 20 June 2018

[Video Penemuan Baharu Buka Semula Kes Altantuya] KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA & PM setuju siasat semula kematian Beng Hock.

Rabu, 20 Jun 2018

KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHAARIIBUU


INILAH YANG MEMBUNUH ALTUNTAYA.. SEBUAH BOM… KEJAM BUKAN? NAMUN PERSOALANNYA SIAPAKAH YANG MENGARAHKAN BOM INI DILETUPKAN PADA BADAN MANGSA? PERSOALAN INI HINGGA SEKARANG BELUM TERJAWAB… RIP ALTUNYATA…

KAKI TULAR


PM setuju siasat semula kematian Beng Hock

Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamad bersetuju membuka semula siasatan kematian bekasp pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock, kata sumber.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang juga merupakan setiausaha agung DAP dijangka mengadakan sidang media berhubung perkara ini.
Pada 16 Julai 2009, Teoh ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan bangunan di Shah Alam yang ketika itu merupakan ibu pejabat SPRM Selangor, di mana Teoh ditahan semalaman untuk soal siasat.
Teoh merupakan pembantu politik kepada ADUN Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan menolak keputusan terbuka yang dibuat koroner berhubung kematian Teoh, dan sebaliknya memutuskan Teoh mati selepas jatuh dari bangunan yang disebabkan tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM.
Susulan itu, SPRM telah bersetuju membayar saman RM600,000 kepada keluarga Teoh.
Mahkamah juga mengarahkan polis menyiasat kematian berkenaan.
Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian Teoh.
Pakatan Harapan sebelum ini berikrar untuk menyiasat kematian Teoh dengan menubuhkan Siasatan Diraja dalam 100 hari selepas mengambil alih kerajaan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment