SPRM serbu DBKL, rampas dokumen jualan tanah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas dokumen yang dikaitkan dengan jualan 64 lot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur antara 2014 dan 2018, menurut sumber di pihak berkuasa tempatan itu.
Menurut sumber, pasukan dari SPRM tiba pada 2.00 petang tadi dan berada selama 3 jam di Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan di Ibu Pejabat DBKL di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, sementara kakitangan sedang menyusun dokumen.

Serbuan oleh SPRM itu beberapa hari selepas Datuk Bandar Tan Sri Amin Nordin Abd Aziz mengesahkan pegawai mengunjungi DBKL untuk menyiasat urus janji tanah, ketika di bawah bekas menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bulan lepas, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa DBKL menjual 64 lot tanah bernilai RM4.28 juta sejak 2013 tanpa terbuka terbuka.
Ini baru betul..Tq Sir Lim Guan Eng.
Dia bukan Cina ..he's Malaysian
Dia bukan Cina ..he's Malaysian
No comments:
Post a Comment