Terlalu banyak kejutan dalam MOF: Guan Eng
Kubu kuat UMNO bertukar kpd kubur UMNO.
Inilah sifat tabi'i semulajadi Umno/BN akan menyalahkan pihak lain wpon kecuaian berpunca dari Umno/BN itu sendiri.
Begitulah juga hutang negara meningkat sehingga melebihi RM1 trilion, akhirnya k'jaan baru Pakatan Harapan & rakyat juga yg tolong langsaikannya.
TAK HERANLAH bangsa Johor terus menolak & humban BN jatuh ke bawah dl PRU14 kali ini termasuklah kekalahan kedua-dua bekas MB Johor di kawasan masing2 di PRU13 & PRU14.
HAKIKATNYA di Johor kubu kuat UMNO bertukar kpd kubur UMNO.
Begitulah juga hutang negara meningkat sehingga melebihi RM1 trilion, akhirnya k'jaan baru Pakatan Harapan & rakyat juga yg tolong langsaikannya.
TAK HERANLAH bangsa Johor terus menolak & humban BN jatuh ke bawah dl PRU14 kali ini termasuklah kekalahan kedua-dua bekas MB Johor di kawasan masing2 di PRU13 & PRU14.
HAKIKATNYA di Johor kubu kuat UMNO bertukar kpd kubur UMNO.
Annuar: Timbalan Presiden MCA pijak kawan bila jatuh
Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai memijak kawan yang jatuh apabila mendakwa MCA selama ini menanggung kesalahan Umno.
Annuar berkata, sebaliknya era Umno menggendong MCA yang lumpuh yang sudah tamat.
Menurutnya, MCA 'diserang angin ahmar' meskipun mendapat tempat yang "empuk" dalam kerajaan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Malah, tambahnya, MCA bukan saja gagal menawan hati rakyat, malah gagal menawan hati anggota mereka sendiri.
"Justeru kenyataan seolah-olah MCA yang selama ini menggendong Umno, perlu difikir dengan hati yang jujur.
"Lainlah kalau kali kedua selepas PRU ke-13 dulu begitu parah sehingga MCA bukan saja lumpuh dan hilang upaya tetapi juga turut hilang daya berfikir.
"Kalau begitu, mungkin ada baiknya MCA buat persiapan untuk membeli 'batu nesan' mereka sendiri," katanya melalui kenyataan di Facebook.
Annuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wee yang berkata dalam wawancara bersama Sin Chew semalam bahawa MCA tidak lagi akan bertanggungjawab terhadap tindakan Umno dan menambah MCA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak.
Annuar berkata Umno tidak mengeluarkan kenyataan tentang kegagalan MCA kerana menghormati rakan parti komponen, namun kenyataan Wee itu menurutnya adalah "memijak kawan yang jatuh"
MCA menyertai Umno dan MIC dalam Perikatan dan menubuhkan kerajaan persekutuan Malaysia yang pertama, sebelum menjadi parti kedua terbesar dalam BN pada 1973.
Bagaimanapun, pada PRU 9 Mei lalu, BN kalah teruk dan menyaksikan Wee merupakan satu-satunya pemimpin MCA yang bertahan.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment