Pages

Monday, 18 June 2018

[Video Tun M: Najib Sudah Boleh Didakwa & Spekulasi Najib Mahu 'Lari'?] Najib MASA ANDA SUDAH TIBA...Masa sesuai Umno mohon maaf sebar fitnah.

Selasa, 19 Jun 2018


Foto Suara Rakyat.
Apabila kerja pencuri dibongkar satu persatu selepas tumbangnya Umno/BN, Najib ajak rakyat supaya lupakan kisah lampau..

Adakah rakyat semudah itu utk melupakan segala kerosakan yang dibuat oleh Najib, Rosmah serta kuncu2 kroni mereka ??!

SUDAH TENTU agenda penyudahnya selepas raya ini nanti bakal berlaku tidak lama lagi utk mengheret & mendakwa mereka yg terlibat pada pelbagai skandal kewangan & ketirisan wang rakyat yang telah dirogol oleh penyangak2 Umno yg mendapat perlindungan & bantuan dari pegawai2 tertinggi dalam PDRM dan penguatkuasa undang2 itu sendiri di era Umno/BN berkuasa sebelum ini !!

MASA ANDA SUDAH TIBA...

Masa sesuai UMNO mohon maaf sebar fitnah burukkan DAP

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Perumpamaan itu cukup tepat dengan situasi UMNO saat ini yang galak melatah – menuduh kritikan Pakatan Harapan bersangkutan hal pemilihan kepimpinan parti itu sebagai mencampuri urusan ‘rumah tangga’ mereka.
Sudah tentu, telatah sebahagian pemimpin UMNO yang marah-marah itu mengundang jenaka ramai. Lebih-lebih lagi dengan lagak parti itu yang tidak mampu menghadam isyarat majoriti rakyat yang menolak mereka pada PRU lalu.
Kemarahan UMNO terhadap pimpinan Pakatan khususnya kepada tokoh veteran DAP Lim Kit Siang jelas dapat dilihat melalui sebuah siaran media di portal rasmi mereka.
Selain ‘menasihati’ pemimpin Pakatan supaya ‘cuci otak sendiri terlebih dahulu sebelum mempersoalkan orang lain’, kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO itu turut mendakwa Lim Kit Siang ‘menyerang’ mereka.
Maklumbalas dari unit komunikasi strategik UMNO itu dipercayai ekoran beberapa kenyataan Lim Kit Siang sebelum ini yang mempersoalkan tindak tanduk parti itu menjadikan DAP sebagai kambing hitam dengan pelbagai dakwaan bersifat perkauman dan fitnah – tambahan lagi menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang dijadualkan hujung bulan ini.
Semalam, portal berkenaan turut menyiarkan kenyataan bakal calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Annuar Musa semalam yang meminta Lim Kit Siang supaya ‘menutup mulut’ dan tidak ‘masuk campur’ urusan parti berkenaan.
Namun, di sebalik serangan bertali arus UMNO itu, Lim Kit Siang memiliki sebab kuat mengapa beliau perlu ‘membuka mulutnya’ demi menghentikan politik toksik yang sejak sekian lama menjadi amalan bekas parti pemerintah itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang memberi peringatan kepada UMNO supaya menghentikan segala pembohongan dan ‘berita palsu’ yang sering dilemparkan terhadap DAP.
“Saya memberi peringatan serius kepada pemimpin, pendokong dan propagandis UMNO bahawa mereka akan didedahkan sekiranya terus menyebarkan pembohongan, berita palsu dan maklumat salah tentang DAP,” katanya.
Keadaan itu jelas Kit Siang telah berlaku pada pemilihan UMNO terdahulu dan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang akhirnya menyaksikan kejatuhan UMNO sendiri sebagai parti pemerintah negara ini.
Jelasnya, beliau tidak peduli dan tidak mempunyai sebarang isu dengan tujuh pencalonan jawatan Presiden UMNO namun amat prihatin dengan politik toksik berbaur pembohongan, perkauman yang sering dimainkan setiap kali menjelang pemilihan UMNO.
Antara dakwaan berniat jahat yang pernah dimainkan UMNO pada pemilihan parti itu pada tahun 2016 ialah kononnya ‘PRU14 merupakan pertembungan antara DAP dan UMNO’, ‘DAP anti-Melayu dan anti-Islam’ dan ‘Orang Melayu akan menderita jika UMNO hilang kuasa’.
“Adakah Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berakhir hujung bulan ini akan menyaksikan parti itu memohon maaf kepada DAP kerana sepanjang tempoh enam tahun, UMNO dan seluruh jentera dan cybertrooper mereka berusaha mempengaruhi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menghancurkan atau mengharamkan terus DAP?” – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment