Pages

Wednesday, 8 August 2018

[Video Kah3 KJ Akhirnya Mengaku Tak Tahu Hutang GST Cecah RM19.4 Billion] Najib boleh dipenjara 125 tahun? Inilah hikmahnya selepas Umno/BN hilang berkuasa.

Khamis, 9 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
TAHUKAH ANDA, setakat ini Najib Razak telah didakwa 7 pertuduhan. Empat pertuduhan pertama pada 4 Julai 2018 dan tiga pertuduhan kedua pada 8 Ogos 2018.

Inilah hikmahnya selepas Umno/BN hilang berkuasa..

Kami rakyat Malaysia berharap Najib dapat dibicara seadil-adilnya..

Jika Najib tidak bersalah & lagi suci maka gugurlah segala pertuduhan terhadapnya.. Najib & Rosmah bolehlah berseronok sakan jalan2 ber'shopping' lagi ke luar negara..

TETAPI jika Najib didapati bersalah ke atas mana2 pertuduhan maka tirai besi menanti anda kelak.

oleh A Kadir Jasin
SELAIN perbicaraan kes jenayah sensasi seperti pembunuhan Altantuya Shaariibuu (2009), Ahli Dewan Undangan Pahang Datuk Mazlan Idris (1993) dan Speaker Adun Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib (1982), perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  nanti Di Switzerland, pihak berkuasa perbankan dan pejabat peguam negaranya telah membekukan akaun yang berkaitan 1MDB bersama keuntungan yang diperoleh daripada simpanan haram itu.
Jadi janganlah ada pihak yang cuba menyekat kebebasan media massa di dalam dan luar negara serta anggota masyarakat daripada membincangkan seluas-luasnya perbicaraan ke atas Najib ini.
Apatah lagi pada saat Najib dan penyokong-penyokong beliau sendiri mensensasikan perbicaraan beliau sebagai kononnya bermotifkan politik. Kalau ia bermotif politik maka ia boleh dan patut dibincangkan dalam arena politik.
Apa yang penting dan wajib dilakukan oleh sistem kehakiman kita adalah memastikan apa yang terjadi di dalam mahkamah dilaporkan dengan betul dan tepat tanpa disensasikan atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak. Dalam erti kata lain memudahkan media massa menghebahkan perjalanan proses penghakiman tanpa takut dan berat sebelah. keistimewaan tersendiri.
Walaupun ia bukan kes pembunuhan tetapi pastinya akan mencatat sejarahsebagai prosiding jenayah paling besar di negara kita.
Seperti umum sudah maklum, Najib berdepan dengan tuduhan-tuduhan berat berkaitan dengan penggelapan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perbicaraan yang melibatkan Najib ini pastinya lebih besar daripada kes-kes sebelumnya yang juga membabitkan ahli politik seperti kes rasuah Allahyarham Datuk Harun Idris dan dua kes liwat serta satu kes salah guna kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu lagi kes yang melibatkan ahli politik adalah pembunuhan Daud Taha pada tahun 1982. Jenayah tersebut dilakukan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Mokhtar Hashim.
Dalam semua kes yang melibatkan Harun, Mokhtar dan Anwar mereka akhirnya mendapat pengampunan diraja setelah menjalani hukuman masing-masing.
Kes terhadap Najib yang baru berada di peringkat paling awal, iaitu peringkat sebutan, mempunyai implikasi sangat besar terhadap negara dan rakyat jelata. Ia memberi kesan langsung kepada ekonomi negara dan imej Malaysia di mata dunia.
Tidak seperti jenayah-jenayah yang disebutkan di atas – hatta yang melibatkan pembunuhan – skandal 1MDB mempengaruhi kebajikan semasa dan masa depan setiap warganegara dan penduduk Malaysia.
Misalnya kes SRC International yang melibatkan pinjaman RM4.4 bilion daripada tabung pencen kakitangan awam, iaitu KWAP. Kita kena ingat sudah ada tabung pencen kakitangan awam negara lain yang hancur kerana penipuan dan salah tadbir.
Bukanlah hari-hari seorang bekas perdana menteri, sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia, dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan jenayah.
Justeru itu adalah mustahil atau wajar bagi mana-mana pihak sekalipun untuk menyekat laporan dan perbincangan mengenai kes yang membabitkan Najib ini.
Boleh dikatakan satu dunia berminat kerana ia bukan sahaja melibatkan seorang bekas perdana menteri tetapi juga beberapa buah negara dan wilayah asing.
Dunia sudah tahu bagaimana wang berbilion-bilion ringgit dipindahkan kepada orang yang tiada kena mengena dengan pemilikan dan pengurusan 1MDB seperti Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz.
Dunia juga sudah tahu bagaimana orang yang dilantik sebagai ejen oleh Jho Low telah dibicarakan, didapati bersalah dan dipenjarakan di Singapura kerana mengubah wang haram 1MDB. Singapura turut menutup dua buah bank antarabangsa yang terlibat dengan kegiatan haram ini.
Di Amerika pula, harta yang bernilai berbilion-bilion ringgit telah dibekukan oleh Jabatan Kehakiman negara tersebut hasil rampasan daripada Jho Low, Riza Aziz dan rakan-rakan niaga mereka.
Di Switzerland, pihak berkuasa perbankan dan pejabat peguam negaranya telah membekukan akaun yang berkaitan 1MDB bersama keuntungan yang diperoleh daripada simpanan haram itu.
Jadi janganlah ada pihak yang cuba menyekat kebebasan media massa di dalam dan luar negara serta anggota masyarakat daripada membincangkan seluas-luasnya perbicaraan ke atas Najib ini.
Apatah lagi pada saat Najib dan penyokong-penyokong beliau sendiri mensensasikan perbicaraan beliau sebagai kononnya bermotifkan politik. Kalau ia bermotif politik maka ia boleh dan patut dibincangkan dalam arena politik.
Apa yang penting dan wajib dilakukan oleh sistem kehakiman kita adalah memastikan apa yang terjadi di dalam mahkamah dilaporkan dengan betul dan tepat tanpa disensasikan atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak. Dalam erti kata lain memudahkan media massa menghebahkan perjalanan proses penghakiman tanpa takut dan berat sebelah.
Wartawan, pendakwa, pembela dan hakim wajib menghormati konsep keistimewaan bersyarat (qualified privilege) dalam pelaporan perbicaraan di mahkamah. Wartawan adalah bebas dan berhak untuk melaporkan apa yang berlaku di dalam mahkamah atau parlimen atas dasar hak untuk menyiar (the right to publish).
Hak untuk menyiar dan kepentingan umum (public interest) ada dua hak pokok (fundamental right) wartawan yang dijamin oleh undang-undang. Selagi mereka melaporkan dengan ikhlas dan tepat, tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka apatah lagi menafikan hak mereka melalui arahan “kunci mulut”.
Jadi saya sarankan kepada pengamal media agar melaporkan perbicaraan Najib ini secara profesional dan berhemah supaya sebarang percubaan menafikan hak mereka boleh ditangkis dengan mudah. Wallahuaklam.
* Datuk A Kadir Jasin Tokoh Wartawan Negara.

1 comment:

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll

    ReplyDelete