Kelantan gred 'G', Terengganu 'C-'?
Satu pun belum ditunaikan lagi PAS punya manifesto yang depa tahu buat kawin perdana...Aku bagi gred F--... Kah3.
Beca, tembikai susu, antara kejayaan 100 hari kerajaan Kelantan...
Kerajaan PAS Kelantan hari ini berkata sudah berjaya melaksanakan beberapa manifestonya selepas mendapat mandat baru dalam pilihan raya umum 9 Mei.
Antara kejayaan itu, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, “berjaya menyediakan beca bermotor sebanyak 10 buah dan sebuah bas untuk para pelancong melawat tempat bersejarah dalam Bandar Kota Bharu”.
Dalam kenyataan semalam, Ahmad juga berkata kerajaan negeri juga mengaktifkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dengan melantik ketua pegawai eksekutif dan kakitangannya bagi menjayakan sektor pertanian negeri.
“Antara projek yang sudah dijalankan adalah projek pertanian rock melon (tembikai susu) bagi menghasilkan jus rock melon yang mana jenis buah ini adalah yang terbaik di negara kita,” katanya.
Beliau juga berkata program perternakan lembu pedaging juga diberi fokus dengan menghasilkan daging lembu yang dijenamakan sebagai “Naimbif”.
“Di samping itu, sektor penanaman padi dan durian kunyit telah berjaya dan sedang dikembangkan dengan lebih pesat,” kata Ahmad. - mk
Carilah duit sendiri. Sibuk royalti siang malam. Time Najib tak pulak minta royalti bersungguh2.
Tumpang sekole.
No comments:
Post a Comment