Pages

Monday, 20 August 2018

[Video Lawak Pecah Perut & Perempuan yg FITNAH 2 menteri YB Khalid dan YB Mujahid] "Pas tidak akan bersekongkol 'memikul biawak hidup'"...Kaitkan dua menteri dengan pesta gay, laporan polis dibuat.

Isnin, 20 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
"Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup" - Hadi Awang (21/3/2010).

"PAS tidak akan bersekongkol 'memikul biawak hidup'" - Tuan Ibrahim Tuan Man (12/12/2015).

Krikk.. Krikk.. Krikk..
Foto Suara Rakyat.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terang2an dah kata.. Selagi ada iman, bersatulah UMNO dan PAS.

TETAPI HINGGA KINI.. KENAPA PAS BERTEGAS TIDAK AKAN BERSATU, BERGABUNG DENGAN UMNO ?

Adakah nak tunggu PAS atau UMNO dah ada iman baru nak bersatu..?

Siapakah yang masih tidak ada iman..?

Krikk.. Krikk.. Krikk..



Perempuan Ni FITNAH YB Khalid Samad Luluskan Pesta LGBT



Kaitkan dua menteri dengan pesta gay, laporan polis dibuat


Dua laporan polis dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin di Ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung dakwaan fitnah menyatakan Menteri Wilayah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Zulhazmi Shariff, pegawai tugas-tugas khas Menteri Wilayah yang juga peguam mewakili Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Hisham Fauzi, pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan baru-baru ini.
"Beliau (Wan Asshima) telah menuduh Menteri Wilayah membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya tetapi (video itu) telah dipadam.
"Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat," kata Zulhazmi ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.
- Bernama
Mk.

No comments:

Post a Comment