Pages

Thursday, 2 August 2018

[Video Menteri Kartun PADU bagi kat Najib] PRK Sg Kandis FITNAH Goyang2! Zawawi, anak jati Sg Kandis yang sukar ditewaskan & Dilema pengundi PAS di Sungai Kandis.

Jumaat, 3 Ogos 2018

Zawawi, anak jati Sungai Kandis yang sukar ditewaskan

Zawawi Ahmad Mughni berdepan pertarungan tiga penjuru untuk memenangi kerusi DUN Sungai Kandis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2018.018.

Foto Suara Rakyat.

Dilema pengundi PAS di Sungai Kandis

 
PRK SG KANDIS | Meskipun telah diminta oleh pucuk pemimpin tertinggi agar mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Sabtu ini, anggota dan penyokong PAS nampaknya dilihat masih lagi berbelah bagi terhadap arah haluan sokongan mereka.
Malaysiakini bertemu dengan beberapa pengundi di sini bagi mendengar pendapat mereka tentang kecenderungan sokongan dalam PRK kali ini memandangkan terdapat seruan dan arahan pimpinan PAS menyeru anggotanya mengundi Umno.
Pengurus tapak pembinaan, Mohd Sabri Ahmad, 30, sebagai contohnya berkata dia dan rakan-rakannya sudah pasti akan mengundi calon PKR, Zawawi Mughni pada PRK itu.
Katanya, Umno dan BN adalah musuh seteru parti mereka hampir 60 tahun, justeru itu adalah mustahil untuk dia dan rakan-rakannya menolong calon parti lawan.
“Umno kini sudah mahu mati, takkan kita mahu tolong lagi?
“Bagi saya dan rakan-rakan PAS, kita tidak boleh sokong membuta tuli seperti yang diminta. Biarpun terpaksa mengorbankan prinsip politik kita tetap menyokong PKR,” katanya kepada Malaysiakini.
PAS mahu menangkan Umno
Pendirian dinyatakan Mohd Sabri itu jelas berbeza dengan apa yang diharapkan dua pemimpin pusat PAS akhir-akhir ini yang secara terbuka menggesa anggota partinya mengundi calon Umno pada pilihan raya kecil itu.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan umpamanya berkata parti itu tidak boleh menerima cara pemerintahan kerajaan sekarang yang didakwanya dibelenggui dengan kontroversi LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan pendirian yang tidak tegas berhubung Islam.
“Untuk mengalahkannya (calon PKR), kena undi siapa? Itu dia ada situ,” katanya kepada penyokong PAS sambil menunjuk ke arah Datuk Lokman Noor Adam yang turut hadir di majlis ceramah di kawasan itu, baru-baru ini.
Bagi Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali pula, parti itu perlu mengambil satu sikap yang menguntungkan Islam dengan menolak ‘kerosakan’ yang telah ditunjukkan HARAPAN dari segi agama, ekonomi dan sebagainya dalam tempoh baru dua bulan memerintah negara.
“Kerana itulah pilihan kita pada PRK kali ini, tunjukkan kebersamaan kita menolak HARAPAN dengan sama-sama kita menangkan calon Umno,” katanya.
Kesalahan kerajaan dahulu
Meskipun begitu, Mohd Sabri berpendirian bahawa mengundi mengundi HARAPAN tidak akan menjejaskan nasib orang Melayu dan Islam seperti didakwa, kerana ia telah terbela baik di bawah kerajaan HARAPAN.
“Selain itu, tempoh pentadbiran mereka masih awal dan kita perlu beri masa kepada mereka.
“Banyak perkara yang mereka perlu baiki terlebih dahulu akibat kesalahan kerajaan terdahulu,” katanya.
Ditanya mengapa PAS tiba-tiba boleh bekerjasama dengan Umno pada PRK ini, Mohd Sabri berkata kebanyakan pemimpin PAS adalah bermuka-muka dan tidak mempunyai pendirian yang konsisten dalam parti mereka.
Berhubung mengapa sebagai penyokong PAS, dia enggan memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sabri berkata ini kerana Lokman dilihat sering berdolak-dalik dan bermuka-muka, sekaligus tidak boleh dipilih sebagai wakil rakyat.
Seorang lagi penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Amirul, 27, berkata dia menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, tetapi akan mengalihkan sokongannya kepada calon PKR pada pilihan raya kali ini.
Umno rekod buruk
“Saya tidak percaya kepada Umno kerana sudah terlalu banyak rekod buruk dan susah mahu diterima,” katanya.
Namun begitu berlainan dengan -anggota PAS, Ismail Abdulllah, 68, yang berkata dia akan mengundi Barisan Nasional (BN) supaya ia dapat menambah bilangan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Katanya, ini kerana DUN Selangor mesti mempunyai kuasa semak dan seimbang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
“Kita bukan kata HARAPAN tidak membela Islam dan Melayu, tetapi kita mesti ada wakil yang boleh melakukan semak dan seimbang,” katanya.
Bagi anggota PAS cawangan Kampung Lombong, Mohd Zaki Mohd Kassim, 47 pula, semua anggota perlu mengikut arahan kepimpinan parti walaupun tidak menyukainya.
“Kepimpinan sudah menyatakan pendirian dengan jelas dan kita kena ikut,” katanya.
Bukan buat kerja kotor
Buat Anuar Yacob, 57, yang merupakan penyokong PAS, beliau boleh memilih antara kedua-dua parti (PKR ataupun UMNO) memandangkan beliau bukan anggota parti itu.
“Saya lebih cenderung kepada HARAPAN disebabkan oleh kita tahu calonnya terbabit dengan tahfiz, tetapi kita perlu mengikut arahan pemimpin iaitu undi BN.
“Dia bukan suruh buat kerja kotor tetapi undi saja. Apabila keadaan ini berlaku, saya sudah jadi 50-50,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari berpendapat penyokong PAS secara tradisinya memang mengamalkan sikap menyokong PKR apabila adanya pilihan raya.
Katanya, mereka jarang menyokong Umno, namun pihaknya akan terus berkempen bagi mendapatkan sokongan penyokong Pas.
“Walaupun kita tahu perkara ini bukan mudah dan berat, kita akan berusaha untuk mendapatkan undi mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

1 comment:

  1. Maaf... Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui pemasangan nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Biarlah Orang pada ngomong itu musrik hanya tuhan yg tau. mungkin ini salah satu jalan rejeki sy. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    ReplyDelete