Pages

Sunday, 19 August 2018

[Video Woi UmnoBN hang tau ke tidak?] Padahnya mengusung 'bangkai bernyawa' Umno dah TIADA LAGI MASA DEPAN! MCA, MIC terang2 tolak hudud berserta ugutan, TETAPI yang dituduh anti-Islam hanya DAP? Itulah wajah2 Pas, #LudahDuluJilatBalik

Ahad, 19 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.

MCA, MIC terang-terang tolak hudud berserta ugutan.. DAP juga tolak hudud.

TETAPI yang dituduh anti-Islam hanya DAP. MCA & MIC tidak pula dituduh anti-Islam, malah dipuji-puji pula MCA & MIC.

DEMI NAIK RAIH UNDI #PRKBalakong dan#PRKSeriSetia punya pasal dipuji2nya angkat martabat MCA & MIC..

Itulah wajah-wajah PAS, #LudahDuluJilatBalik

TEPOKKK...
Foto Suara Rakyat.
KETIKA UMNO/BN BERKUASA !!!..

"Ini kerana berdasarkan ringkasan penghakiman nombor 2008/1 bagi penghakiman bertarikh 23 Mei 2008, Kerajaan Negeri Johor (BN) ketika itu hanya berdiam diri ketika Singapura memasang alat komunikasi pada 1997 dan tidak menghiraukan cadangan Singapura untuk membuat penambakan laut di perairan Batu Putih,"

Tapi masih ada lagi yg sanggup bersekongkol bekerjasama dgn Umno demi nak selamatkan legasi politik mereka..

MASIH BERDEGIL TAK MAHU BELAJAR DARI SEJARAH...
No automatic alt text available.

UMNO TIADA LAGI MASA DEPAN, ELOK JUGA KJ KELUAR DENGAN SEGERA!


Hanya kerana menyatakan rasa tidak setujunya dengan kerjasama UMNO dan Pas dalam pilihanraya kecil Seri Setia serta menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat semula skandal 1MDB agar parti tidak terus mengusung "bangkai bernyawa", Khairy Jamaluddin disarankan agar segera keluar UMNO dan menyertai PKR atau DAP.

Dalam hal ini, ternyata yang mereka rapat atau pernah bekerja dengan Najib Razak masih tidak mahu menerima hakikat kalahnya UMNO dalam pilihanraya umum lalu adalah kerana skandal 1MDB.

Di mana salahnya KJ bercakap mahukan kebenaran mengenai 1MDB serta mengkritik kerjasama UMNO dan Pas?
Apakah sejak kalah ini UMNO makin tertutup dan langsung tidak boleh meraikan perbezaan pendapat?

Bagaimanapun, oleh kerana dalam tempih 100 hari yang sudah berlalu menunjukkan UMNO masih tidak berubah, malah bertambah rasis, ditambah mungkin menjadi mirip seperti Pas dengan turut menjual agama untuk harga politik dunia setelah bekerjasama dengan parti itu, sebenarnya ada baiknya juga KJ memikirkan semua kedudukannya dalam UMNO.

Tiada makna lagi beliau kekal bersama parti itu kerana nilai perjuangannya sudah berbeza. Melayu bandar, mereka yang berpendidikan, kelas menengah dan orang muda, realitinya semakin menjauhi UMNO.
Setelah kalah pada 9 Mei lalu, hakikatnya terlalu sukar untuk UMNO bangkit semula.

Ramai yang percaya, tiga kali pilihanraya umum lagi pun belum tentu UMNO mampu bangkit semula untuk kembali berkuasa.

Jadi, untuk apa KJ harus membuang masa selama selama 15 tahun sebagai  pembangkang yang tidak cerdik dan tidak membina?

Bukankah lebih baik menyertai parti kerajaan dan membina semula karier politiknya di landasan yang baru?

PKR ada, DAP ada, malah Bersatu ada Amanah pun sentiasa terbuka.

KJ, tinggalkan saja UMNO dan menyeberanglah ke sebelah sini dengan segera!! (ShahbudinHusin 19/08/2018)

No comments:

Post a Comment