PRK SERI SETIA:EZAM MD NOR-SUDAH NYATA
PAS BERSEKONGKOL DENGAN
PENYAMUN (UMNO)
LIMGUANENG BEBAS APA KENA MENGENA DENGAN BANGKIT MELAYU?
Klik Penjelasan AG kes bebas lim guan eng
https://m.malaysiakini.com/news/441630
Soalan aku:
Lim Guan Eng dibebaskan? Apa kaitan dengan Melayu? Melayu bangkit lokman adam?
Kalau Najib dibebaskan, mungkin relevan tunjuk bantahan?
https://m.malaysiakini.com/news/441630
Soalan aku:
Lim Guan Eng dibebaskan? Apa kaitan dengan Melayu? Melayu bangkit lokman adam?
Kalau Najib dibebaskan, mungkin relevan tunjuk bantahan?
Berdepan kecaman pelbagai pihak, hari ini seorang pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC) tampil menjelaskan mengapa mereka menarik balik pertuduhan ke atas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dan seorang wanita ahli perniagaan.
Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, berkata keputusan untuk bertindak secara nolle prosequi (pihak pendakwa membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan) ke atas Lim dan Phang dibuat tanpa penglibatan Peguam Negara Tommy Thomas.
Mohamad Hanafiah berkata beliau diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan berhubung representasi yang dibuat oleh kedua-dua tertuduh.
Kata Mohamad Hanafiah pemilihan itu dibuat kerana beliau sebelum ini tidak pernah terlibat dengan kes tersebut dan dipercayai dapat memberi pertimbangan dari perspektif baru.
"Setelah diberi penugasan tersebut, saya meneliti keterangan-keterangan berdasarkan penyiasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan keterangan-keterangan dikemukakan saksi-saksi pendakwaan di mahkamah yang diuji dengan pemeriksaan balas.
Saya membuat kesimpulan bahawa hasil pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap saksi-saksi pendakwaan, keterangan yang menyokong pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah dilemahkan secara substantif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selepas membuat penelitian, Mohamad Hanafiah berpendapat, tidak mungkin beliau dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai timbalan pendakwa raya untuk meneruskan kes tersebut dengan mengetahui ia tidak akan berjaya pada akhir kes pendakwaan.
Mk.
No comments:
Post a Comment