Pages

Sunday, 23 September 2018

[Video Lawak Nogori Sembilan memang best Part 1 edisi PRK PD] E-Voting atau E-Boxing? Anwar: Siapa baling kerusi kita baling keluar parti.

Isnin, 24 September 2018
E-Voting atau E-Boxing? 
Image may contain: 1 person, standing and outdoor
2014 tika masih pembangkang pecah kepala baling kerusi. 
Image result for Gambar kerusi terbang PKR
2018 dah jadi kerajaan parti paling byk kerusi dlm PH. 
Image may contain: 2 people, text

Anwar: Siapa baling kerusi kita baling keluar parti

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota PKR di Sabah, yang menyumbang bilangan anggota kedua tertinggi di seluruh negara, supaya menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat.
Katanya, anggota parti perlu memahami bahawa parti itu bukan hanya untuk golongan atasan, sebaliknya parti yang memperjuangkan dan membela nasib rakyat.
"Ini parti perjuangan yang ditubuhkan oleh rakyat.
"Rakyat tepi jalan yang banyak menyokong kita (iaitu) anggota yang susah dan daif dan juga orang muda. Sebab itu kita perlu jadi orang yang mendokong perjuangan parti dengan sebaiknya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kebangsaan di Taman Sawit, Balung dekat Tawau, Sabah hari ini.
Anwar berkata rakyat memerlukan pimpinan parti yang amanah dalam perjuangan membela nasib rakyat dan bukan untuk menyokong pemimpin yang “mengkayakan” diri sendiri.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan anggota parti yang mahu kekal dalam parti supaya mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Yang mana baling kerusi kita baling keluar. Ini (baling kerusi) bukan cara kita. Yang mahu kekal (dalam parti) kena ikut peraturan," katanya.
Mengenai pemilihan parti yang kini sedang berlangsung, Anwar mengingatkan anggota agar memilih calon yang setia kepada parti, berani berjuang dan tidak sibuk mencari kedudukan.
Kira-kira 1,000 penyokong Ketua Umum PKR itu menghadiri majlis berkenaan dan sanggup berhujan demi mendengar amanat pemimpin mereka.
- Bernama
Mk.

No comments:

Post a Comment