Pages

Sunday, 23 September 2018

[Video Lawatan Pertama PM Ke London & Pas TERLAJAK PUJI ATAU BUTA TULI?] S'wak Report: Peguam Jho Low cari penyelesaian dengan DOJ.

Isnin, 24 September 2018


Image may contain: 3 people, people smiling, text
Tumpang sekole.

S'wak Report: Peguam Jho Low cari penyelesaian dengan DOJ

Ahli perniagaan yang dikaitkan denan skandal 1MDB, Jho Low, didakwa sedang cuba mencari penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, lapor portal Sarawak Report.
Menurut laman sesawang itu seorang peguam, bekas pendakwa raya AS dan gabenor New Jersey, Chris Christie, mengetuai pasukan peguam Jho Low dan sudah mendapat kebenaran bertemu dengan pegawai atasan DOJ.
Menurut Sarawak Report dengan pendekatan itu ia menunjukkan Jho Low menyedari dia tidak mampu meyakinkan mahkamah AS untuk memulangkan aset - bernilai AS$1.2 bilion - yang dirampas pihak berkuasa negara itu sebelum ini.
Semua aset terbabit disita kerana disyaki diperolehi melalui dana yang diselewengkan dari 1MDB.
"Bagaimanapun, dengan tercapainya persetujuan itu hartawan terbabit yang menghadapi tuduhan jenayah di Malaysia, Singapura, Switzerland dan beberapa tempat lain - termasuk AS - berharap dapat terus memiliki sebahagian daripada aset berkenaan," kata laporan tersebut.
Dakwa Sarawak Report perkembangan itu berlaku ketika pasukan peguam Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - sendiri dibayar menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB.
Mengenai kesediaan DOJ membincangkan kemungkinan penyelesaian itu, Sarawak Report berkata, ia diambil supaya pihak berkuasa AS boleh memberi tumpuan kepada aspek lain dalam skandal 1MDB.
Antaranya lapora portal itu ialah mengenai peranan firma kewangan gergasi Goldman Sachs mengatur bod berbilion ringgit untuk 1MDB sebelum dia kemudiannya didakwa diselewengkan.
"Bank itu memang dimarahi dan sangat tidak disenangi rakyat AS kerana peranannya menyebabkan krisis kewangan pada 2008 dan setakat ini belum ada mana-mana bank firma itu dihukum.
"Kecuaian ketara dan sejumlah wang yang besar diperoleh firma itu melalui 1MDB menyediakan bukti yang jelas buat penyiasat AS untuk mengambil tindakan ke atas bank utama yang diyakini tidak bertanggungjawab," kata laporan berkenaan.
Bagaimanapun menurut Sarawak Report penyelesaian itu tidak akan diterima baik oleh pihak berkuasa Malaysia.
Baru-baru ini kata portal tersebut AS enggan memberikan jaminan kepada Putrajaya bahawa semua aset yang dirampas itu akan dipulangkan ke Malaysia.
"Ia bukan bermakna AS tidak akan memulangkan wang tersebut kepada Malaysia, tetapi menunjukkan AS bertegas mahu mengawal semua proses itu dan mungkin berakhir dengan pemulangan jumlah yang lebih rendah berbanding keseluruhan nilai rampasan," kata laporan itu.
Mk.

No comments:

Post a Comment