Pages

Monday 10 September 2018

[Video Pasir Salak (Melayu Bangkit?) Suruh Mat Sabu Balik Buat Sambal Belacan] Melayu bangkit, Umno pocik & Laporan: Singapura kembalikan RM45.9j wang 1MDB, SRC.

Isnin, 10 September 2018
Melayu bangkit, UMNO pocik... 
Related image
Pasir Salak bukan tempat sejarah untuk hidupkan UMNO yang kojol selepas ditolak rakyat pada PRU 14. Tajuddin Rahman tak setaraf Datuk Maharaja Lela yang membunuh Birch. Malah dia juga tak setaraf si Putom, Orang Asli yang bersama Maharaja Lela. Tajuddin ' six million dollar man' pernah disingkir dari UMNO kerana politik wang dulu. Di Parlimen dia bukanlah seorang wakil rakyat yang membela hak rakyat tetapi berlagak seperti gangster tua yang garang suara tapi pocik tenaga. 

Sejak Merdeka hingga sekarang Melayu tetap berkuasa. Tapi PM bukan lagi perompak kelas cakrawala dari UMNO. Bahwa rakyat berbilang kaum memberi sokongan hangat kepada Tun Mahathir, bekas PM 22 tahun, dan mantan presiden UMNO, menjadi PM kerana kerajaan PH membuktikan Melayu tidak hilang roh dan semangatnya di bumi bertuah ini. Cuma UMNO yang mengkhianati aspirasi Melayu, Islam dan negara ditendang rakyat selepas 61 tahun berkuasa. 
Image may contain: 2 people, people sitting and text
Anak dialah yang menyerang YB Khalid Samad di Parlimen satu ketika dahulu. Kini pakai songkok ke hulu ke hilir kononnya 'aku lah pejuang Melayu '. Ini lah konon nya pejuang Melayu. Pejuang tahi kucing !! - Tamrin Baba. 
Tumpang sekole.

Foto Suara Rakyat.
TERKINI..
MAHKAMAH Singapura memberikan perintah pelupusan wang yang diambil secara salah menurut undang-undang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau Kumpulan Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Wang yang diperoleh dalam pelbagai mata wang berjumlah S$15.3 juta (RM45.9 juta) dan dipindahkan ke akaun bank perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

Laporan: Singapura kembalikan RM45.9j wang 1MDB, SRC

Mahkamah Tinggi Singapura dilaporkan telah mengarahkan agar wang yang diambil secara salah daripada akaun berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd dikembalikan kepada Malaysia.
Menurut Astro Awani hari ini, mahkamah meluluskan permohonan peguam kerajaan Malaysia agar wang berjumlah RM45.9 juta (S$15.3 juta) dipulangkan.
Menurut laporan itu, wang itu akan dipindahkan ke akaun bank pemulihan khas 1MDB di Kuala Lumpur.
Perkara itu dinyatakan salah satu firma guaman yang mewakili Malaysia, Tetuan Tan Rajah & Cheah, dalam satu kenyataan, menurut laporan itu.
Firma guaman yang berpangkalan di Singapura itu juga berkata usaha lain untuk mendapatkan kembali wang milik 1MDB masih dijalankan.
Julai lalu, peguam negara Tommy Thomas meluluskan pelantikan firma guaman itu untuk memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Singapura terhadap 53 defendan bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.
Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dilaporkan salah seorang daripada 53 defendan itu.
Ia selepas pihak berkuasa Malaysia dan Singapura setuju untuk bekerjasama dalam usaha membawa pulang wang yang dipercayai diselewengkan daripada 1MDB di negara itu.
Mk.

No comments:

Post a Comment