Pages

Sunday, 23 September 2018

[Video YB Amiruddin Hamzah-Saya Rasa Malu Masih Ramai CINA INDIA Miskin Dipinggirkan BN] PAU 2018 Medan desak Zahid Hamidi LETAK JAWATAN! Zahid dah tak pedulikan Umno & Harapannya hanya kepada Anwar.

Isnin, 24 September 2018
Foto Suara Rakyat.
Duit rakyat diguna dilabur utk buat filem separuh lucah bogel ?

Najib jawab..
SAYA TAK TAHU !


Ahmad Maslan jawab..
ADA AKU KESAH APA YANG KORANG CAKAP !


TEPOKKK...

PAU 2018 MEDAN DESAK ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN?

Kalau kita tanya kepada orang UMNO sekarang ini, daripada sepuluh yang ditemui, tujuh atau lapan daripadanya tidak akan teragak-agak pasti menggelengkan kepala dengan kepimpinan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Tanpa ragu-ragu mereka akan mengatakan Zahid Hamidi tidak berbuat apa-apa untuk memulihkan parti yang sudah jadi pembangkang sekarang ini.

Selebihnya akan berkata, sudah lebih empat bulan berlaku, mereka makin tak faham entah apa lagi yang ditunggu oleh Presiden UMNO itu untuk memulakan usaha memulih dan menggerakkan parti agar bangun daripada kekalahan.

"Langsung kami tak faham dengan beliau.

"Kadang-kadang menyesal pun ada memenangkannya berbanding Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO yang lalu," tambah yang lain.

Sosek-sosek mengenai Zahid Hamidi yang hampir merata sekarang tidak jauh berbeza dengan tulisan dalam blog ini beberapa minggu sebelum ini yang mengumpamakan Zahid Hamidi tidak lebih seperti biskut - sekejap ada sekejap tiada.
Sepanjang lebih empat bulan ini, beliau hanya muncul selaku Presiden UMNO tidak lebih daripada lima kali - ketika kempen di Sungai Kandis, Seri Setia dan menghadiri Muktamar Pas di Kuala Terengganu, minggu lalu.

Selainnya, dalam sekian banyak isu politik yang berlaku dalam negara, Zahid Hamidi seolah-olah tiada mulut untuk bersuara, bahkan Khairy Jamaluddin yang tewas kepadanya kelihatan lebih kerap dan berfakta dalam bersuara.

Ketika Mustapa Mohamad mengejutkan UMNO dengan tindakannya meninggalkan parti, Zahid Hamidi hanya mampu mengeluarkan kenyataan media sahaja, itu pun hanya sehari kemudiannya.

Sebab itu, apabila Tengku Razaleigh Hamzah dalam sebuah wawancara menyebut, berdasarkan apa yang didengar dan maklumat diterimanya bahawa Zahid Hamidi digambarkan tidak peduli kepada UMNO, ia bukanlah sesuatu asing atau memeranjatkan.

Zahid Hamidi didakwa gagal menterjemahkan peranannya dalam menentukan hala tuju parti kerana menurut Ku Li, beliau dikatakan ada banyak kepentingan diri.

Apakah kepentingan diri Zahid Hamidi?

Walaupun secara terbuka dilihat berbaik-baik dengan Pas dan secara sulit pula mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad untuk menggabungkan UMNO dan Bersatu, dikatakan impian besar dan sebenar Zahid Hamidi ialah menunggu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Beliau diberitakan berimpian membawa UMNO bekerjasama dengan PKR setelah Anwar menjadi Perdana Menteri demi untuk mengembalikan kedudukan UMNO sebagai kerajaan semula.

Bagaimanapun, oleh kerana Anwar sudah awal-awal menolak untuk bekerjasama dengan UMNO dan dalam masa yang sama pengharapan Zahid Hamidi masih tinggi terhadap kerjasama tersebut, itulah yang menyebabkan beliau dikatakan  tidak mahu berbuat apa-apa untuk memulihkan UMNO sekarang ini.

Takut-takut kalau tersalah langkah, harapan untuk bekerjasama dengan Anwar itu jadi musnah sama sekali.

Ada juga kalangan dalam UMNO yang berpendapat sekiranya dalam tempoh setahun dua akan datang, usaha mengembalikan UMNO sebagai kerajaan melalui kerjasama dengan Anwar itu tidak juga menjadi kenyataan, Zahid Hamidi berkemungkinan besar tidak lagi akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pada tahun 2021 akan datang.

"Zahid Hamidi tiada perancangan langsung untuk mengembalikan UMNO sebagai kerajaan melalui PRU15 pada tahun 2023 nanti.

"Harapannya hanya kepada Anwar, itu pun jika mampu dicapai sebelum tahun 2021. 

"Jika tiada kemajuan, pilihannya adalah berundur dalam pemilihan tahun 2021 berbanding kebarangkalian membawa UMNO menerima nasib lebih buruk dalam PRU15," kata seorang bekas pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan.
Sediakah ahli-ahli UMNO hidup dalam ketidaktentuan dan tiada hala tuju sehingga tahun 2021 akan datang?

Apa pun, hujung bulan ini UMNO akan mengadakan perhimpunan agungnya, pertama kali dalam keadaan ia sudah hilang kuasa dan bergelar pembangkang.

Dalam perhimpunan kali ini, walaupun ia hanya diadakan selama dua hari saja berbanding lima hari ketika menjadi kerajaan dahulu, persoalan mengenai hala tuju dan usaha pemulihan parti di bawah kepimpinan Zahid Hamidi kemungkinan besar akan dibincangkan dengan serius oleh para perwakilan.

Perjuangan mana-mana parti untuk kembali berkuasa seharusnya dilakukan melalui perjuangan yang jitu, usaha, kerja keras dan sedaya upaya mahu mencapai kemenangan dalam pilihanraya, bukannya melalui suatu pengharapan kepada kerjasama yang tidak pasti.

Maka, jika dalam perhimpunan kali ini Zahid Hamidi masih gagal bertindak sewajarnya dalam hal itu, sudah kedengaran ada perwakilan yang mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk mendesak beliau agak berundur dan segera meletakkan jawatan. (ShahbudinHusin 23/09/2018)

No comments:

Post a Comment