foto: carian internet
Teman Sejati - Brother
Memetik laporan Malaysiakini, Najib yang kini hanya berjawatan ketua bahagian dalam parti berkongsi di laman Facebook bahawa dirinya redha dan sedia menerima ujian yang diberikan padanya.
"Saya sabar, saya redha. Ini semua ujian oleh Allah. Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi."
PERINGATAN KEPADA MENTERI2 PH - JANGAN BERI MUKA KEPADA AKHBAR ARUS PERDANA!!
Apa yang berlaku kepada Mujahid Yusof Rawa berhubung "putar belit" atau "salah lapor" kenyataannya mengenai operasi tangkapan khalwat dan langkah penguatkuasaan dalam sebuah akhbar arus perdana semalam seharusnya menjadi pengajaran buat semua pemimpin dalam Pakatan Harapan.
Dalam mereka mahu bersikap mesra media, haruslah disedari bahawa beberapa akhbar arus perdana adalah dimiliki oleh musuh yang nyata.
Kecuali Kumpulan Media Prima dan Astro Awani yang boleh dipercayai kerana sudah bertukar teraju dan dimiliki syarikat korporat tertentu yang berkecuali, tetapi akhbar lain seperti Utusan dan The Star adalah dimiliki UMNO dan MCA - dua parti komponen dalam BN.
Oleh itu, mesti difahami bahawa tujuan dan matlamat akhbar yang dimiliki oleh UMNO dan MCA itu ialah lebih untuk menjaga kepentingan "tuan besarnya" dan memastikan BN kembali berkuasa dalam pilihanraya akan datang.
Lantaran itu, tidak menghairankan jika berlaku "putar belit fakta" dan "salah lapor yang disengajakan" dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat, seterusnya membuatkan kerajaan Pakatan Harapan sentiasa diragui serta dipersoalkan.
Dalam kes Mujahid, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, kenyataan beliau dalam sebuah interbiu dengan The Star telah menimbulkan kekecohan dan kegemparan dalam masyarakat, walhal soal menghentikan operasi khalwat, tiada serbuan pada waktu malam dan lain-lain fakta yang disiarkan itu tidak pun disebut atau perkataan yang keluar daripada mulutnya.
Sebaliknya, menurut Mujahid, perkara itu adalah rumusan akhbar berkenaan hasil wawancara dengannya.
Mujahid seterusnya menegaskan, apa yang disebutnya hanyalah tentang kesalahan atau mengenai ruang awam dan ruang peribadi serta salah guna kuasa di ruang peribadi yang tidak bertepatan dengan cara dan kaedah Islam yang sebenar.
Dengan penafian Mujahid itu, seolah-olahnya akhbar berkenaan sengaja menyuapkan sesuatu yang sudah pun tersedia untuk diperkatakan oleh Mujahid dan meskipun apa yang diingini tidak disebut oleh menteri berkenaan, ia tetap dihidangkan untuk tatapan pembaca bagi tujuan menimbulkan kekeliruan, keresahan dan saling bermusuhan sesama orang Islam.
Sebelum kes Mujahid ini pun sebenarnya sudah banyak kali media akhbar arus melakukan putar belit atau salah lapor yang disengajakan, meskipun setelah BN tidak lagi berkuasa.
Semasa BN berkuasa dahulu, jangan cerita lagilah bagaimana dahsyatnya putar belit dan salah lapor akhbar-akhbar tertentu itu sehingga ramai yang mengatakan apa yang betul ketika itu hanyalah keputusan nombor ekor saja.
Berdasarkan kejadian terbaru dan banyak kes yang sudah berlaku sebelum ini, para pemimpin Pakatan Harapan mulai sekarang mesti menunjukkan sikap tegas dan tidak terlalu memberi muka kepada akhbar arus perdana yang dipunyai oleh parti-parti komponen BN itu.
Mereka sepatutnya hanya diberi peluang untuk menyiarkan aktiviti dan program biasa saja kementerian saja, tetapi mesti dielakkan untuk interbiu khas atau lain-lain yang terdedah kepada manipulasi atau agenda tersirat yang tertentu.
Sebaiknya boikot saja akhbar-akhbar berkenaan kerana mereka adalah musuh yang terang lagi nyata. Menteri atau pemimpin Pakatan Harapan yang ada jawatan dalam kerajaan tidak perlu "hadap sangat" kepada akhbar-akhbar berkenaan kerana hakikatnya pengaruh dan gigatan mereka tidaklah sekuat mana dalam era media alternatif sekarang ini.
Biar saja akhbar-akhbar berkenaan melayan kenyataan dan berita para pemimpin parti yang menjadi tuan mereka yang sudah pun bergelar pembangkang ketika ini.
Selain itu, kalau terus diberi muka, akhbar-akhbar itu akan tetap memainkan peranan mereka dengan memutar belit, memberi laporan yang salah atau menyiarkan tulisan di luar konteks yang sepatutnya kerana memang itu peranan mereka yang sebenarnya sesuai dengan kehendak tuan punya akhbar berkenaan.
Jika tanpa sokongan media arus perdana pun Pakatan Harapan masih boleh menumbangkan BN dalam PRU14 lalu, kenapa setelah berkuasa, tiba-tiba akhbar itu begitu diperlukan dan mahu diberi muka?
Apa yang penting dan mesti terus diperkuatkan oleh semua pemimpin Pakatan Harapan ialah rangkaian media alternatif dan media sosial yang nyata lebih meluas lagi jaringannya dewasa ini.
Lagi pun, kalau peranan media arus perdana mahu diperlukan juga, bukankah televisyen milik kerajaan sudah pun memadai untuk mendekatkan pemimpin Pakatan Harapan dengan rakyat?
Untuk itu, buat apa mendekati musuh untuk membantu kita? (ShahbudinHusin 07/10/2018)
No comments:
Post a Comment