Pages

Friday, 19 October 2018

[Video Adakah Allah Redha Pemimpin Pecah Amanah?] PRESIDEN Umno DIDAKWA, ikat jamin RM2 juta! Mazlan dilantik Pengerusi LPP, Faiz Pengerusi LKIM & Pemuda AMANAH sokong menteri tidak bawa pasangan dalam lawatan kerja.

Sabtu, 20 Oktober 2018

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini tidak mengaku salah ke atas kesemua 45 pertuduhan yang dibaca terhadapnya di mahkamah seksyen Kuala Lumpur hari ini. 

Tuduhan-tuduhan ke atas bekas pelajar Sekolah Menenga Agama Izuddin Shah, itu seperti berikut: 

10 kes pecah amanah membabitkan RM42,075,365.71 dan 27 kes pengubahan wang haram membabitkan RM72,063,618.15. 

Kesemuanya berjumlah sebanyak 114,148,983.86. 

Kesalalahan-kesalahan itu dicatat dilakukan Zahid di antara 13 Januari 2014 hingga 15 Mac 2018. juta. Kesemua tuduhan itu Zahid tidak mengaku salah. 

Semoga apa yang menimpa Zahid hari ini akan dijadikan iktibar kepada para pemimpin terutamanya pemimpin dalam kerajaan Harapan kini.  

Hendaklah semua pemimpin akan menjadikan pendakwaan ke atas Zahid itu sebagai phobia yang memagari diri mereka. - mso 
Mazlan dilantik Pengerusi LPP,  Faiz Pengerusi LKIM

Mazlan dilantik Pengerusi LPP, Faiz Pengerusi LKIM

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman  secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini.
Turut dilantik  Pengarah Urusan IM Global Ismail sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
LPP, LKIM dan  FAMA  adalah  antaran agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Watikah pelantikan  bagi tiga agensi itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini di ibu pejabat kementerian di Putrajaya. Turut hadir Timbalan Menterinya  Sim Tze Tzin.
Semua tiga pelantikan hari ini akan memulakan tugas mereka berkuatkuasa 1 November sehingga 31 Oktober 2020 dalam tempoh dua tahun pelantikan pengerusi tiga agensi tersebut.
elantikan Mazlan, Faiz dan Ishak dipersetujui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Salahuddin  beliau mengharapkan pelantikan tersebut akan membawa perubahan kepada tiga agensi di bawah kementerian itu.
Beliau turut ditanya mengenai pelantikan  Naib Pengerusi AMANAH Johor dan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH itu sebagai Pengerusi LPP dan LKIM.
“Kita mengambil ketetapan melantik atas keupayaan dan merit dalam agensi di bawah kementerian.  Pelantikan Mazlan dikenali sebagai orang politik tetapi  jasa dan perjuangannya kepada golongan peneroka, kita beri peluang untuk dibuktikan keupayaannya.
“Faiz  seorang peguam, berbakat dan berkeupayaan dalam urustadbir untuk  menyumbang kepada LKIM. Walaupun mereka ( Mazlan dan Faiz)  dikenali sebagai ‘orang politik’ tetapi kita ambil kira kebolehan, pengalaman, keupayaan dan profesonalisma dalam bidang masing-masing,” ujar Salahuddin.
Pemuda AMANAH sokong menteri tidak bawa pasangan dalam lawatan kerja

Pemuda AMANAH sokong menteri tidak bawa pasangan dalam lawatan kerja

Pemuda AMANAH Pulau Pinang menyambut baik kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa jemaah menteri tidak dibenarkan membawa pasangan mereka sekiranya melakukan lawatan kerja kurang daripada tujuh hari yang telah dikuatkuasakan serta merta.
Ketuanya, Mohd Saifullah Abdul Nasir ketika ditemui berkata, lawatan yang bersifat kerja sudah semestinya tidak sesuai untuk melibatkan keluarga khususnya isteri masing-masing.
Malah ujarnya lagi, budaya lama yang telah sebati dalam sistem pemerintahan kerajaan Umno dan BN sebelum ini sepatutnya tidak menjadi ikutan maupun amalan kepada jemaah menteri Pakatan Harapan (PH).
“Budaya lama yang baik boleh menjadi ikutan dan teladan untuk diteladani.
“Namun begitu seandainya budaya yang dipraktikkan oleh kerajaan terdahulu yang bersifat boros, membazir dan tidak mengikut etika yang telah ditetapkan seharusnya tidak harus dijadikan ikutan.
“Contoh kepimpinan melalui teladan mestilah datang dari kabinet sendiri terlebih dahulu sebelum ia dapat menjadi amalan kepada rakyat yang dipimpin, ” jelasnya lagi.
Menurut Saifullah lagi, tidak membawa isteri dan keluarga semasa lawatan tersebut seiring dengan matlamat kerajaan yang mahukan penjimatan dalam segala aspek.
Sehubungan itu katanya, kerajaan PH kini harus mempraktikkan perkara tersebut bagi memperlihatkan kesungguhan penjimatan yang sedang diusahakan.
MD.

No comments:

Post a Comment