Pages

Thursday, 4 October 2018

[Video Anwar ziarah kubur anggota bomba yang maut ketika bertugas & SAR diteruskan] Prosedur 'Rope Rescue' Menteri yg berkenaan sila lah perihatin & Jangan buat main2 dgn kepala air! Polis mungkin akan panggil Rosmah lagi.

Khamis, 4 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Apa kemajuan dan teladan yang boleh diambil dari kisah 6 Anggota yg saya sendiri sifatkan sebagai Syahid ketika bertugas ini?
Menurut laporan...
(1) Mereka berenam dipakaikan Tali.
- Jika tentera, 'bini'nya Senapang.... Maka bagi Bomba, Talilah 'isteri' mereka.... Pernah satu ketika dahulu saya dilatih dalam prosedur 'Rope Rescue' - dan ditekankan berkali2 oleh Jurulatih bahawa Tali merupakan Tools penting dalam misi penyelamatan.
Namun berbeza dengan kisah tragis ini, tali yg mengikat mereka berenam itulah antara punca situasi tidak terkawal - lebih2 lagi tatkala keadaan Air Deras (kepala air) yg hadir secara mengejut.
2) scene size Up!
- Ini protokol rutin untuk Penyelamat lakukan tidak kira bagaimana situasi yg dihadapi... Dalam etika SSU ini, perkara dititikberatkan termasuk PPE - Personel Protective Equipment..... Bagi kes mereka berenam, dalam pemerhatian saya, mereka boleh dikategorikan Well Prepared - sebab latar PPDA latihan mereka ditaraf Super!!! Sekali lagi, faktor Alami HUJAN dan Kepala Air menjadi faktor utama menyebabkan gangguan persediaan.
Sebagai Cadangan:-
(1) Adalah dengan ini, saya mencadangkan agar Jabatan Bomba dibekalkan Bajet dengan kelengkapan canggih, such as Kapal Selam mini, tah apa nama tuu...... Untuk buat SSU dengan lebih detail.
(2) Saya juga mencadangkan agar strategi pengunaan 'Tali' itu dikaji semula - dalam keadaan gubra, terkadang Penyelamat juga gagal mencapai Pisau untok memotong tali.
- Ini pendapat peribadi den. Pakar Tali dialukan komen pasal Tali nihh.....
YB Yg berkenaan sila lah perihatin...
YB Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Suara Rakyat.
AKHIRNYA... Rosmah Mansor didakwa dgn 17 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM7 juta dan gagal isytihar pendapatan.

- 12 pertuduhan berhubung transaksi hasil daripada aktiviti haram di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

- 5 lagi pertuduhan berkaitan kegagalan Rosmah untuk membuat penyata bagi tahun taksiran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti mana tertakluk di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

- Hakim Azura Alwi menetapkan kadar ikat jamin pada kadar RM2 juta dengan dua penjamin, dan beliau turut membenarkan agar Rosmah membayar RM500,000 hari ini, manakala bakinya dibayar sebelum atau pada 11 Oktober depan.

- Azura turut menetapkan 8 Nov sebagai tarikh sebutan kes.

** KENAPA SIASATAN & PERTUDUHAN ROSMAH INI TIDAK DAPAT DILAKUKAN KETIKA NAJIB & BN MEMERINTAH DULU?

Polis mungkin akan panggil Rosmah - Fuzi

Polis Diraja Malaysia berkemungkinan akan memanggil isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengambil keterangan melibatkan pelbagai kes, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
“Mungkin kita akan panggil beliau (Rosmah) bagi membantu siasatan melibatkan pelbagai isu antaranya 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya selepas menghadiri Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Hospital Putrajaya hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata notis merah terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya Tan Sri (Larry) Low Hock Peng sudah mula disiarkan sejak semalam.
“Kita tengah tunggu maklum balas daripada peringkat antarabangsa, kalau ada perkembangan kedudukan mereka dan sebagainya kita akan ambil tindakan,” katanya.
Mk.

No comments:

Post a Comment