Pages

Friday, 26 October 2018

[Video Dr M’s conversation with the media over Najib’s RM2.6bil ‘donation’ & REPEKKAN si Lokman semakin menjadi-jadi! Gerakan Menyingkirkan Najib & Zahid] Dr M: Kenyataan menteri Saudi tak penting, RM2.6b dari 1MDB.

Sabtu, 27 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Tumpang sekole.

Dr M: Kenyataan menteri Saudi tak penting, RM2.6b dari 1MDB

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penafian Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir bahawa sumber dana RM2.6 bilion adalah daripada negara itu sebagai "tidak penting".
Beliau berkata ini kerana kerajaan memang tahu wang tersebut daripada 1MDB.
Dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU malam ini, Mahathir mengesahkan Adel ada menghubunginya baru-baru ini untuk menafikan wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak itu adalah daripada Arab Saudi.
Ketika ditanya mengapa kenyataan Adel itu bertentangan dengan apa yang diperkatakannya pada 2016 - di mana beliau mengesahkan wang itu sumbangan daripada keluarga diraja Saudi - Mahathir berkata beliau tidak bertanya lanjut tentang perkara itu. 
Ketika ditanya sama ada penafian itu untuk mengambil hati kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), Mahathir menjawab, "mungkin, tetapi saya tidak tahu apa yang difikirkannya".
Susulan pertemuan dua hala dengan Najib di Istanbul pada 2016, Adel (gambar) memberitahu media bahawa RM2.6 bilion itu adalah "sumbangan ikhlas".
"Kami maklum akan sumbangan itu dan ia ikhlas tanpa mengharapkan pulangan. Kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menyiasat dengan teliti perkara itu dan tidak menemui sebarang kesalahan.
"Jadi bagi kami isu itu sudah selesai," katanya seperti dipetik Bernama
'Ia datang dari 1MDB'
Tadi, ketika ditanya lanjut tentang kenyataan Adel yang mana yang perlu dipercayai, Mahathir berkata apa yang lebih penting adalah menunjukkan dokumen transaksi.
"Ia tidak penting.
"...Apa yang penting adalah bukti dokumen bahawa wang itu dari 1MDB atau (keluarga diraja) Saudi.
Anda tidak boleh memindahkan jumlah wang yang besar tanpa (sebarang) rekod. Jika mereka kata ia datang dari Arab Saudi, tunjuk rekodnya. Jika mereka kata bukan dari Arab Saudi, kita perlu mencari dari mana ia datang.
"Setakat pengetahuan kita, ia datang dari 1MDB," katanya lagi.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menegaskan wang itu berasal dari 1MDB dan dialihkan ke akaun peribadi Najib sebelum dipindahkan ke satu lagi akaun yang dikawal Jho Low.
Mk.

No comments:

Post a Comment