Bekas guru cerita muka Amwar merah padam tahan marah
Bekas guru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkongsi kisah bagaimana satu ketika dahulu beliau pernah membuat muka Anwar menjadi merah padam menahan marah.
Tanpa menyatakan tarikh yang tepat, Abdul Rahman berkata kisah itu berlaku ketika beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Pelajaran sementara Anwar adalah Menteri Pendidikan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu bergelar Datuk Seri.
"Kalau dalam perbincangan saya tidak tegur dia (jika dia tersilap), sebab saya tidak mahu dia malu kepada orang lain yang ada dalam perbincangan, tapi saya masuk ke bilik dia dan saya kata apa saya suka, muka dia kadang-kadang merah padam," katanya pada majlis pelancaran e-Tuisyen Percuma (pdtuition.com) untuk Murid-murid Daerah Port Dickson semalam.
Beliau menceritakan perkara itu ketika mencelah semasa Anwar sedang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut yang turut dihadiri warga pendidik dari sekolah sekitar Port Dickson. Ucapan ringkas Abdul Rahman itu seterusnya disambut tawa oleh mereka yang hadir.
Untuk rekod Anwar menjadi Menteri Pendidikan dari 1986 hingga 1991 manakala Abdul Rahman menjadi Ketua Pengarah Pelajaran dari 1985 hingga 1991.
Abdul Rahman yang kini adalah Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata Anwar juga seorang yang sangat menghormati gurunya dan sikap itu masih dimiliki Anwar walaupun memegang jawatan yang lebih tinggi.
"Ketika di Kementerian Pendidikan, bila saya masuk ke bilik dia, dia mesti berdiri. Bukan saya paksa dia tapi dia sendiri yang mahu berdiri," kata Abdul Rahman yang pernah menjadi guru kepada Anwar ketika Ketua Umum PKR itu belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) antara 1960 dan 1966.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya berkata beliau mengundang Abdul Rahman ke majlis pelancaran tersebut kerana mahu menghargai jasa bekas gurunya yang disifatkan antara yang terbaik pernah mengajarnya.
Mk.
Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong oleh faktor-faktor tempatan susulan laporan Bank Dunia yang mengunjurkan Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhannya dan mencapai status negara berpendapatan tinggi antara 2020 dan 2024.
Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1430/1480 berbanding paras penutup 4.1450/1490 pada Khamis.
Seorang peniaga berkata Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.9 peratus berikutan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan swasta, yang menunjukkan asas ekonomi negara yang teguh.
Mk.
No comments:
Post a Comment