Lawak laa mung Sexfool, ..nak masuk bertanding duit xde. ..juai ler apa patut aihhh! !!
Anwar ke hulu ke hilir di Port Dickson menyatakan wawasan dan ideanya utk pembangunan Port Dickson dan penambahbaikan negara jika beliau menjadi MP Port Dickson.
Hadi dan geng lebai ke hulu ke hilir jaja cerita mengapa Agong ampunkan Anwar dlm kes fitnah liwat dan mengapa Anwar bertanding di kawasan campuran kaum tidak seperti Hadi yg sejak azali lagi bertanding di Marang saja. Apa kaitan dgn rakyat Port Dickson isu Agong ampunkan Anwar?
Sian lebai...habis modal doh...
Lokman dakwa Zahid juga akan diheret ke mahkamah
Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berdepan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.
Ahmad Zahid, yang adalah presiden Umno, pada 2 Julai lalu disoal siasat oleh SPRM selama sembilan jam atas dakwaannya berjumpa dengan anggota kerabat Arab yang kononnya menderma RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bercanggahan dengan dakwaan Najib, para penyiasat, termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, menyatakan wang itu berasal dari 1MDB.
Sementara itu, Lokman, yang memetik maklumat daripada "rakan-rakan di kementerian kewangan, polis dan SPRM" berkata Najib mungkin berdepan dengan sekurang-kurangnya 100 pertuduhan.
"Mereka ada 32 pertuduhan. Saya dengar mereka merancang untuk mendakwanya dengan sekurang-kurangnya 100 pertuduhan.
"Ini cara mereka menghentikan Najib daripada bercakap, buat masa ini, dia yang paling lantang mengkritik Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai dasar-dasar ekonomi," katanya yang dipetik oleh The Star.
Najib hari ini disoal siasat oleh polis berhubung skandal 1MDB sementara isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut merakamkan kenyataannya di SPRM di Putrajaya.
Ditanya bagaimana beliau mendapat maklumat berkenaan, Lokman, yang pernah menjadi pengarah komunikasi kementerian kewangan, berkata: "Kita masih ada kawan-kawan di sana (di kementerian kewangan).
"Dan kita juga ada kawan di SPRM dan polis."
Mk.
No comments:
Post a Comment