Pages

Wednesday 24 October 2018

[Video Guan Eng tunjuk surat Kelantan minta wang dari Pusat untuk bayar gaji] 'Surat minta wang' Nak baca sila zoom sendiri yea! Kerajaan Persekutuan beri pinjaman RM22.5juta kepada Kelantan.

Rabu, 24 Oktober 2018

Bekas PM yang cakap Kelantan tak mampu bayar gaji


Foto Otai BERSIH.
Jadi betul le apa kata LGE kan..
Kelantan mmg defisit dan tak mampu bayar gaji penjawat awam mereka..
Nak baca sila zoom sendiri ye..

Kerajaan Persekutuan beri pinjaman RM22.5juta kepada Kelantan

Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman sebanyak RM22.5 juta kepada kerajaan negeri Kelantan tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya pemberian pinjaman yang dipohon pada Jun lepas adalah untuk membolehkan kerajaan negeri membayar gaji kakitangannya.
“Pada asalnya mereka memohon pinjaman bagi pengurusan termasuk pembayaran gaji sebanyak RM24.5 juta tetapi Kerajaan Persekutuan hanya luluskan RM22.5 juta kerana kita hendak beri cepat (beri pinjaman) supaya gaji kakitangan mereka dapat dibayar,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Berikutan itu Lim melahirkan kekesalannya atas dakwaan beberapa pemimpin Pas  Kelantan yang menyatakan beliau anti-Melayu dan anti-Islam.
“Sampai hati mereka kata saya anti-Melayu dan anti-Islam. Bila saya sebut fakta dan angka dan Kerajaan Persekutan telah menghulurkan bantuan kenapa pula timbul soal agama dan kaum,” katanya.
Lim dalam satu kenyataan semalam berkata, pada tahun 2016, Kelantan memang telah menerima RM398 juta, secara keseluruhan, sebagai pemberian daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang diterima negeri-negeri lain dalam Malaysia.
Turut termasuk dalam pemberian RM398 juta itu ialah pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya, termasuk gaji dan emolumen.
Kerajaan Persekutuan juga telah meminjamkan RM100 juta dana tambahan sebagai pinjaman pendahuluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan negeri.
Sehingga 31 Dis 2017, kerajaan negeri Kelantan masih belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta, yang menjadikan kerajaan negeri itu sebagai penghutang terbesar pinjaman pendahuluan ini, kata Lim.- Bernama.
MD.

1 comment:

  1. Kalau ya pun Lge,kau release lah duit royalti minyak kpd kelantan dan Trengganu.Sabah Srawak kau dah bayar kan.Dasar Cina Apek berdendam dgn orng Islam.

    ReplyDelete