Pages

Wednesday, 24 October 2018

[Video Hanipa vs Ahmad Maslan Pembangkang kerjanya nak malukan kerajaan] 'Engko ni Nuar, nak kata 'bodoh piang' marah! Adakah dah sedap2 sebagai PERDANA MENTERI 2 kali, Tun M mahu jadi KETUA PEMBANGKANG pulak]

Khamis, 25 Oktober 2018

PELAWAAN TAK MASUK AKAL, ADAKAH DARIPADA SEDAP2 SEBAGAI PERDANA MENTERI, TUN M MAHU JADI KETUA PEMBANGKANG?

Berikutan gesaan Tun Mahathir Mohamad dua hari lalu agar ahli UMNO beramai-ramai menyertai Bersatu, Annuar Musa tampil mempelawa Perdana Menteri dua kali itu supaya kembali semula ke pangkuan UMNO.

Sesungguhnya, kata Setiausaha Agung UMNO itu, ramai ahli UMNO, termasuk dirinya amat sayang dan menghormati Tun Mahathir dengan hati yang tulus ikhlas.

“Insya Allah UMNO ini tidak akan mati. Apa yang buruk, kita sama-sama perbaiki.

“Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini terjadi. Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur,” tambah Annuar lagi.
Ehhh...bukankah sejak dulu UMNO dan Annuar sendiri tak suka dan keji Tun Mahathir dengan macam-macam gelaran?

Sejak bila ada perasaan sayang dan hormat kepada beliau dengan rasa yang tulus ikhlas kononnya?

Dalam pada itu, dari segi logik dan hukum akalnya, gesaan yang dibuat oleh Tun Mahathir adalah dikira munasabah kerana UMNO ketika ini sudah hilang kuasa serta berdepan pelbagai masalah lainnya, di samping imej buruknya yang berterusan di mata rakyat.

Oleh kerana perjuangan mana-mana parti di dunia ini ialah untuk mendapat kuasa dan mahu menjadi kerajaan, maka gesaan agar ahli UMNO menyertai Bersatu itu tentunya dianggap suatu bentuk pelawaan yang boleh diterima oleh sesiapa saja.
Lebih-lebih lagi jika apa yang ditawarkan misalnya, sama ada jawatan, kedudukan atau sebagainya, kena dengan kehendak serta selera mereka yang diberi tawaran itu, tentu saja menyertai Bersatu atau mana-mana parti yang berada dalam kerajaan adalah pilihan yang sukar ditolak.

Lagi pula, UMNO sudah terlalu biasa menjadi kerajaan dan mungkin suatu kejanggalan apabila tiba-tiba bergelar pembangkang seperti sekarang.

Oleh itu, jika ingin kembali semula sebagai kerajaan, pilihan yang terbaik ialah dengan masuk secara beramai-ramai ke dalam Bersatu dan kemudian sama-sama memperjuangkan nasib rakyat serta membina semula negara ini.

Tetapi, apabila Annuar membalas gesaan Tun Mahathir itu dengan mempelawa Perdana Menteri supaya kembali semula ke pangkuan UMNO, ia adalah suatu bentuk tawaran yang janggal dan nampak kelakar.
Di mana logiknya Tun Mahathir yang sudah menjadi Perdana Menteri mahu kembali ke pangkuan UMNO yang kini telah bertukar nasibnya menjadi parti pembangkang dan meninggalkan Bersatu yang ditubuhkannya?

Soal UMNO parti yang besar, cawangan yang banyak dan sebagainya tidak harus dijadikan perbandingan kerana ketika ini, meskipun Bersatu merupakan parti yang lebih kecil, tetapi ia adalah kerajaan.

Apa jadi kepada Tun Mahathir jika beliau masuk semula UMNO seperti yang ditawarkan oleh Annuar?

Apakah daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir mahu dijadikan Ketua Pembangkang pula?
Kalau daripada Ketua Pembangkang, mungkin ramai yang tidak menolak apabila ditawarkan menjadi Perdana Menteri, tetapi adakah mana-mana pemimpin di dunia ini yang tengah sedap-sedap duduk sebagai Perdana Menteri, tiba-tiba mahu dipelawa menyertai parti yang hanya memungkinkannya menjadi Ketua Pembangkang saja? (ShahbudinHusin 25/10/2018)

No comments:

Post a Comment