Instagram @sayanurulzahid
Cucu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Sofee yang baru berusia sembilan tahun memberi amaran kepada pendakwa datuknya menerusi satu video di media sosial.
TU DIA! Umur 9 tahun berani ugut orang lain..
“You can lock my grandpa up, but not his soul and his fighting spirit. We are his family and we’ll never stop praying for him. I will make your life un-peaceful (sic). I will make you regret your life. Remember – I am only 9-years-old and I am my country’s future.”
ATOK awak takkan ditangkap jika tidak melakukan kesalahan.
KENAPA english cucunya berbeza sgt dari ATOK nya?
Nurul Hidayah perlu lindungi anak di internet - timbalan menteri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata Nurul Hidayah Ahmad Zahid harus melindungi anaknya di internet.
"Ibu bapa harus melindungi anak-anak mereka dan tidak membenarkan video mereka disebarkan di internet," kata Yeoh di Twitter hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Nurul Hidayah, anak perempuan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyiarkan video anaknya 'memberi amaran' di Instagram.
Dalam video itu, kanak-kanak berumur sembilan tahun itu berkata: "Saya akan buat hidup kamu tak stabil, saya akan buat kamu menyesal seumur hidup".
Cucu kepada Ahmad Zahid itu juga dilihat memakai T-shirt mirip pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam pada itu, Yeoh menggesa orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan video itu yang sudah pun dihujani kecaman di internet.
"Saya minta kita henti kongsi video anak itu. Dia terlalu muda untuk faham apa yang sedang berlaku.
"Orang dewasa patutnya lebih tahu dan tidak memanipulasi emosinya. Anak itu tidak bersalah," katanya lagi.
Video itu susulan daripada pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadap datuknya.
Pada Jumaat lalu, Zahid didakwa dengan 45 kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan anggota parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta bagi semua pertuduhan.
Mk.
No comments:
Post a Comment