Pages

Friday 19 October 2018

[Video Nite Hunter - Lokman Adam stop your nonsense..."Guna otak sikit la bang (ngang)"] Tok Mat: Presiden Umno perlu bercuti...Bukan setakat CUTI, Zahid sebaliknya WAJIB SEGERA BERHENTI! Ada 45 pertuduhan kau (18 pecah amanah/rasuah & 27 AMLA).

Jumaat, 19 Oktober 2018

Nite Hunter

Image result for Gambar Lokman Adam

Zahid mungkin perlu bercuti

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin perlu bercuti daripada menjalankan tugas-tugas parti selepas berdepan dengan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram hari ini.
Timbalannya, Datuk Mohamad Hassan (di atas), memberitahu pemberita bahawa Umno mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tinggi bercuti jika berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.
"Ia (amalan ini) digunakan untuk mengggantung pemimpin yang menghadapi tuduhan, tetapi SOP baru memerlukan mereka yang didakwa bercuti.
"Bagaimanapun, jika mereka kemudiannya didapai tidak bersalah, pemimpin berkenaan boleh meneruskan kedudukan mereka," katanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 10.20 pagi ini.
Beliau menambah bahawa SOP dibuat dengan tujuan untuk melindungi Umno daripada dituduh atau dikaitkan dengan sebarang salahlaku.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat di kalangan ahli Umno, berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan oleh jawatankuasa pengurusan parti itu.
Keputusan dari mesyuarat itu, katanya, akan dibawa ke Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan.
Mk.

BUKAN SETAKAT CUTI, ZAHID SEBALIKNYA WAJIB SEGERA BERHENTI

Presiden UMNO, Zahid Hamidi pagi ini dihadapkan dengan 45 pertuduhan di mahkamah berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram.

Secara spesifiknya, beliau dihadapkan dengan 18 pertuduhan pecah amanah dan menerima rasuah, manakala 27 pertuduhan lagi adalah berkaitan penggubahan wang haram.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu sebutan semula kesnya pada 14 Disember depan.
Melihat satu demi satu pertuduhan itu, ia rupa-rupanya bukan saja berkaitan dana Yayasan Akal Budi yang diterajuinya yang digunakan untuk membayar kad kredit beliau dan isterinya, tetapi juga melibatkan dakwaan penerimaan wang ketika beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Semua pertuduhan itu memperlihatkan kes yang melibatkan Zahid Hamidi ini bukan saja serius, malah mencemarkan imej beliau sebagai pemimpin sebuah parti Melayu terbesar di negara ini.

Sehubungan itu, menurut Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan, Zahid Hamidi mungkin perlu bercuti sementara kesnya itu dibicarakan di mahkamah.

Kata beliau, UMNO memang mempunyai prosedur operasi standard atau SOP yang menghendaki mana-mana pemimpinnya bercuti sementara daripada menjalankan tugas jika berdepan dakwaan jenayah di mahkamah.
Dalam kes Zahid Hamidi, bukan saja kerana kesnya dianggap serius, tetapi juga beliau adalah Presiden UMNO yang pertama dalam sejarah pernah didakwa atas pertuduhan jenayah di mahkamah.

Untuk itu, jika Zahid Hamidi seorang yang berjiwa besar dan ingin menjaga nama baik UMNO, beliau bukan saja harus bercuti sementara kesnya dibicarakan di mahkamah, bahkan beliau mesti bertindak lebih ke depan dengan segera meletakkan jawatannya dalam kadar segera sebagai Presiden UMNO.
Imej beliau sebagai pemimpin Melayu/Islam dengan didikan latar belakang agama sebenarnya telah hancur dan musnah melalui semua pertuduhan yang dihadapinya ini dan kini sudah pun tersebar meluas ke seluruh negara serta dapat dbaca serta diteliti oleh sesiapa saja.

Tiada guna dan tidak ada apa-apa lagi yang dapat beliau pertahankan mengenainya dirinya di sebalik semua pertuduhan itu, apalagi jika ingin terus bergayut atas jawatan sebagai Presiden UMNO.

Hanya dengan mengundur diri dan meletakkan jawatan saja merupakan pilihan terbaik di mana selepas ini beliau perlu menghadapi semua perjalanan kesnya di mahkamah secara peribadi tanpa melibatkan lagi nama parti.

Undur dan berehatlah dengan keluarga serta anak cucu yang masih menyayanginya. (ShahbudinHusin 19/10/2018)

No comments:

Post a Comment