Tumpang sekole,
Bomoh ponorogo menyalak bukit UMNO yang kaput... Maaf cakap Zahid bukan 'PM material', malah jadi TPM pun dianggap tak layak. Dari bahasa tubuhnya, suaranya, mimik mukanya dan kenyataan yang diluahkannya tidak membayangkan dia seorang pemimpin berwibawa, ada integriti, punya taraf intelektuil yg baik, tanpa visi dan bodoh sombong. Walaupun dia belajar ilmu kedukunan di Ponorogo namun taraf kedukunannya tidak membawa tuah kepadanya sebagai politikus yg paling berwibawa.
Bahawa dia memikul 45 kes jenayah membuktikan qualitet kepimpinan politikus serba rakus, korup, gila kuasa, bodoh sombong dan tidak amanah. Tidaklah hairan mengapa Najib yang juga dibebani lebih 30 kes memilih bomoh Ponorogo sebagai TPM di era perompakan khazanah negara pra PRU 14.
Kalau benar 40 MP UMNO akan lompat jadi ahli Bersatu bermakna yang tinggal dalam UMNO adalah mereka yg bakal menghadapi tindakan mahkamah kelak. Najib, Zahid menjadi pemimpin yg membawa sial pada UMNO yang menyebabkan UMNO ditendang rakyat dari Putrajaya.
Bila Mustapha Mohamed menyertai Bersatu UMNO sudah goncang kerana Tok Pa dianggap menteri yang lebih bersih dari sebahagian besar kabilah kopuptor pasangan Najib dan Zahid. Besar kemungkinan banyak ahli UMNO yang pernah menjadi kaldai, lembu pawah, ayam itik, kambing berjanggut akan berhijrah ke Bersatu dan Amanah kelak.
Kononnya ada muslihat kilat dalam kilau antara bomoh Ponorogo dengan Anwar yg meroyan siang malam selepas bebas dari penjara hendak menjadi PM ke-8. Umum tahu Zahid balaci Anwar di masa lalu. Hubungan kedua makhluk ini tak putus walaupun Anwar dijeblos dalam penjara kerana meliwat. Hasrat Zahid dan Nazri Aziz, gangster tua yg pernah menghina Tun M tapi membisu bila bersemuka dalam majlis berjinak dengan Anwar dengan harapan segala kes rasuah, salahguna kuasa, pecah amanah dan sebagainya dapat diampunkan kalau peliwat super tegar jadi PM.
Sekarang segala rancangan jahat Zahid tak dimakbulkan Allah. Barangkali jin dan syaitan juga tidak merestui hasrat bomoh Ponorogo ini. Sekali rakyat menolak UMNO jangan mimpi ia boleh bernafas semula sebagai parti politik dominan walaupun berpeluk bercium pipi antara Anwar dengan Zahid. Tun M mungkin ada senjata sulit yang belum ditunjukkan kepada rakyat untuk menggagalkan kongkolikong antara Anwar dengan Zahid yg ada dua sijil beranak itu.
Yang nyata hari ini Najib Zahid dan beberapa orang politikus super korup akan bermukim di Sg Buloh tak lama lagi. UMNO sudah kaput. Jin dan syaitan pun sudah beri selamat jalan pada UMNO. Banyak orang berpendapat perjuangan UMNO di masa lalu mendapat sokongan rakyat. UMNO hilang roh perjuangan dan kesaktiannya bila Najib yang dikaldaikan bininya yg super rakus, dan diikuti sang badutnya yg super setia, super korup, maka hancurlah perjuangan UMNO.
Sebahagian besar muka dalam MKT bertumpuk dengan kudis buta, tokak dan puru politik yang memualkan rakyat. Hari ini Najib dan Zahid menyalak bukit. Tak siapa pun peduli. UMNO pocik dan pintu Sg Buloh sudah terbuka menanti kedatangan dua perompak kelas cakrawala ini. Yahaya Ismail
No comments:
Post a Comment