Pages

Wednesday 24 October 2018

[Video Najib pulang, Irwan Serigar bermalam di lokap SPRM] MOKCIK Ellie & POKCIK Lockman datang tak nak buat solidariti 3.0 ke malam ni? Suami bimbang 'jiwa liar' Ellie Suriati

Rabu, 24 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Berapa ribu rakyat Malaysia nak buat demo depan HQ SPRM tu mlm ini ??!
MOKCIK Ellie Suriati Omar & POKCIK Lockman Adom datang tak nak buat solidariti 3.0 nanti ?

Najib pulang, Irwan Serigar bermalam di lokap SPRM

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan ditahan semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes pecah amanah, kata sumber-sumber.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pula dibebaskan dengan jaminan SPRM dan meninggalkan bangunan agensi antirasuah tersebut kira-kira jam 5 petang tadi. 
Difahamkan kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk berdepan pendakwaan berkaitan rundingan 1MDB dengan syarikat Abu Dhabi nternational Petroleum Investment Company (IPIC), kes berkaitan BR1M dan dana pencen.
Keseluruhan dana yang didakwa disalah guna berjumlah sehingga RM6 bilion.
“Dana-dana itu didakwa digunakan untuk membayar hutang 1MDB,” kata sumber.
Sumber juga mengesahkan Mohd Irwan ditahan SPRM kira-kira jam 3.35 petang ini.
Mk.

Suami bimbang tapi tetap faham 'jiwa liar' Ellie Suriati

Setiap kali susuk Ellie Suriati Omar muncul bersama penyokong Umno mengecam kerajaan, setiap kali itu jugalah hati suaminya yang juga seorang pelakon, Azri Iskandar, kerisauan.
Tetapi kata Ellie, suaminya itu juga faham tentang sifat dirinya sebagai seorang wanita yang 'berjiwa liar' dan tidak mungkin ditawan semangat juangnya.
"Dia tahu jiwa saya liar dan memang risau kalau saya kena tangkap," katanya.
Bagaimanapun menurut Ellie segala tindak-tanduknya sejak beberapa bulan lalu dibuat bukan semberono, sebaliknya bersandar kepada fakta dan maruah Umno.
Mk.

No comments:

Post a Comment