Tumpang sekole.
SELAMAT DATANG ZAHID HAMIDI
Kami ahli umno, orang Melayu memang punya banyak masa untuk politik, sudah tak ada kerja lain dengan ini secara suci hati sedia menunggu untuk mendengar kata kata hikmat mensucikan diri.
Dah terlanjur nak buat roadshow...bawa sekali najib dan lokman adam.
Dah terlanjur nak buat roadshow...bawa sekali najib dan lokman adam.
Apa khabar PU Zahid Hamidi?
Meskipun kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap hendak berdabik dada seolah-olah masih lagi menduduki kuasa dalam kerajaan.
Apatah lagi pemimpin yang kini mengepalai parti Melayu Umno itu kini berhadapan dengan 45 tuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta.
Terdapat suara dalaman Umno yang mahu Zahid bercuti sementara menunggu perbicaraan. Duduk letaknya bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibincangkan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan.
Zahid nampaknya begitu tidak senang dengan persoalan tentang kedudukannya, apabila bersikap agak biadab ketika diajukan soalan mengenai nasibnya dalam parti oleh seorang wartawan.
Sambil tersengih, beliau menjawab: “Apa hak you tanya?”
Namun, apa yang hendak dihairankan sangat dengan jawapan berkenaan, kalau orang sama cuba mengaitkan isu LGBT dengan bencana alam yang berlaku di Palu. Kita sendiri boleh mencongak tahap pemikiran beliau.
Ia tidak ubah seperti seorang penceramah yang mengaitkan isu LGBT dengan segala bencana yang berlaku di muka bumi ini. Seolah-olah Tuhan itu dipenuhi amarah tanpa ada belas kasihan.
Mungkin Zahid perlu berhenti berpolitik dan masuk program realiti. Kemudian jadi penceramah dengan gelaran PU dan menyerahkan tampuk kepimpinan Umno kepada yang lebih muda dan berkaliber, Khairy Jamaluddin contohnya. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment