Pages

Wednesday, 31 October 2018

[Video Saya tak fahamlah dalam pemuda Umno ni...] Dr M hanya ingin bongkar, cari wang 1MDB - Nazri.

Rabu, 31 Oktober 2018
Tumpang sekole.

Dr M hanya ingin bongkar, cari wang 1MDB - Nazri

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pendakwaan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain hanya bertujuan untuk menjejaki penyelewengan wang dalam 1MDB.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas ikrar kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengheret lebih ramai 'jerung besar' yang terbabit dalam rasuah pada era kerajaan BN sebelum ini.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir (Mohamad) hanya ingin membongkar dan mencari wang 1MDB yang diseleweng.
"Siasatan dan pendakwaan undang-undang yang dikenakan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain hanya bersandarkan motif untuk menjejak dan mengutip "all the money trail" daripada 1MDB.
"Perdana Menteri ingin cari ke mana wang dan dana 1MDB itu disalurkan. Sebab kita boleh nilai, bukan hanya pemimpin Umno BN yang ditahan, ia termasuk juga individu lain yang disyaki terlibat dalam skandal 1MDB.
"Beliau hanya ingin mendapatkan semula wang yang diseleweng itu," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu Mahathir berkata kerajaan akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran BN.
"Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.
“Buat masa sekarang, kita ‘kejar’ jerung besar terlebih dahulu. Tetapi untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah keadilan dan kemudiannya tindakan boleh diambil,” kata Mahathir.
Baru-baru ini, sejumlah pegawai kerajaan didakwa kerana rasuah dan pecah amanah termasuk bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pertubuhan Risikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah Ab Hamid.
Mk.

No comments:

Post a Comment