TERKINI: 3 muka besar tanahair dijangka akan diheret ke mahkamah Khamis ini..
Najib dan Irwan Serigar bakal didakwa berhubung skandal urusan 1MDB dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company
(IPIC).
Manakala bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid bakal didakwa berhubung penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan dana PRU 14.
Najib dan Irwan Serigar bakal didakwa berhubung skandal urusan 1MDB dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company
(IPIC).
Manakala bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid bakal didakwa berhubung penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan dana PRU 14.
Hasanah, Najib, Irwan Serigar didakwa Khamis ini
PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid dijangka turut diheret ke mahkamah pada Khamis ini.
Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menahan beliau sebaliknya diberikan notis untuk hadir ke mahkamah.
Selain Hasanah, SPRM akan turut mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.
Pada 29 Ogos lalu, Hasanah direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana PRU 14.
Hasanah sebelum ini terpalit kontroversi apabila dikatakan menulis surat kepada Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) yang meminta sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap BN.
Dalam surat yang didakwa bertarikh 4 Mei tahun ini dan dialamatkan kepada Pengarah CIA, Gina Haspel, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai rakan kepada AS.
Dalam surat itu juga, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai 'anti-Barat dan anti-Yahudi'.
Hasanah membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut.
SH.
No comments:
Post a Comment