Sepuluh Budak Hitam
Sila duduk jangan lari...
Umno Jadi 10 Budak Hitam...
Apabila presiden sudah didakwa dengan 45 pertuduhan, rasuah, penyalah gunaan kuasa dan pengubahan wang haram sepatutnya Umno tidak perlu berfikir panjang lagi untuk menyelamat dan membelanya.
Walaupun ia diperingkat pertuduhan tetapi sudah cukup untuk dijadikan tanda tanda awal khiamat buatnya, dimana jika tidak dicegah ia membawa noda buat Umno seluruhnya. Lantaran itu ahli Umno perlu peka kepada kepentingan moral dan intergriti.
Ahli Umno patut lebih lama mengenali cara presiden mereka berpolitik, baik dari cara dia bergurau, meluahkan idea berdepanbdengan reporter atau kadang kadang bertindak jadi promotor murahan untuk mengampu seseorang.
Justeru pendirian yang diambil Pemuda parti itu perlu disokong. Wanita dan Puteri juga seharusnya mengambil sikap sama. Syabas atas keprihatinan dan sikap berani ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki yang mahu Zahid Hamidi bercuti. Konotasi bercuti itu adalah minta berundur.
Dibimbangi jika ahli Umno gagal atau lembek untuk mengembalikan maruah parti itu akhirnya menyebabkan Umno akan jadi seperti 10 budak hitam.- MSO
Tumpang sekole.
-10 BUDAK HITAM-10 budak hitam, main tepi jalan,1 jatuh longkang, dah tinggal 9,9 budak hitam, main cucuk jarum,1 terjangkit AIDS, dah tinggalah 8,8 budak hitam, makan gelojoh-gelojoh,....
No comments:
Post a Comment