“Sejak video itu viral, saya tidak menerima sebarang ugutan, saya hanya lihat mereka buat lucu dan kalau tengok video itu buatkan mereka gembira, tidak ada masalah biar mereka gembira,” kata S Kanagarajah.
Beliau juga sukarelawan yang sering menyampaikan bantuan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya
Beliau juga sukarelawan yang sering menyampaikan bantuan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya
Marah sampai tak terkata. Deyyyyy!
Otai BERSIH
Polis Nafi Anggotanya Terlibat Dalam Rusuhan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan penglibatan anggotanya dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariaman, Seafield, pada pagi Isnin di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.
Beliau menjelaskan video dan gambar individu yang tular di media sosial berpakaian uniform polis yang dikaitkan dengan rusuhan kuil baru-baru ini adalah tidak benar.
"Itu salah, dia bukan polis, kami dah buat semakan dan hasil, individu terbabit bukan anggota polis, dia hanyalah polis sukarelawan simpanan atau PVR yang telah lama dibuang perkhidmatan," katanya dalam sidang media pagi ini.
Gambar dan video individu itu mula tular dan beberapa kenyataan dan komen pengguna media sosial mengaitkan dia dengan rusuhan kuil itu.
Baca dan nilaikanlah..sampai bila penghasut sebegini perlu dibiarkan untuk membakar api perkauman!
Otai BERSIH
ADUN BN Perak sedia dipanggil polis bila-bila masa
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak bersedia untuk dipanggil polis pada bila-bila masa bagi membantu siasatan dakwaan wujudnya gerakan bagi menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad, berkata kesediaan semua 25 ADUN BN itu adalah sebagai maklum balas terhadap laporan polis yang sudah dibuat Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Perak berhubung dakwaan itu semalam.
“Semalam kami dimaklumkan, Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, sudah pun membuat laporan polis..cuma menariknya laporan (dibuat) di KL (Kuala Lumpur).
“Jadi, kita bersedia menunggu bila polis akan jemput untuk hadir beri keterangan..saya kena ingatkan Sivakumar, bila buat laporan polis dia kena sedia tanggung risiko atas perbuatannya.
“Janganlah anggap bila dikeluarkan kenyataan nak ugut saya dan rakan supaya kami hentikan menimbulkan perkara ini (dakwaan jatuhkan Menteri Besar)...kita tak takut, kita berasaskan fakta dan peristiwa benar yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Sidang Media Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Sivakumar membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi tengah hari semalam bagi meminta siasatan menyeluruh berhubung isu berkenaan, sekali gus memastikan usaha menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tidak berulang sekali lagi di Perak.
Saarani turut mendedahkan bahawa sehingga semalam, individu yang juga EXCO Kerajaan Negeri yang dikatakan berusaha memujuk ADUN BN itu masih lagi meneruskan kerjanya dan memberitahu akan meneruskan usaha menjatuhkan Menteri Besar.
“Ini bukan isu main-main, kalau buat laporan polis janganlah pula nanti terkejut apabila laporan polis itu nanti kena dan terkena kepada salah seorang daripada orang dia (PH).
“PH jangan tuding jari kata itu kerja kami, ‘ no’….itu kerja mereka...saya hanya menyebutkan benda itu dengan tujuan supaya negeri boleh ditadbir dengan baik, itu saja,” katanya.
BH Online.
Aku pernah baca Yg papagomo ni polis yg kena buang Pasal mintak rasuah Kat mat pet... Kalau betul la, Bertapa hina la manusia Yg ade dlm umno ni... Dah la Kawan tu rosak, no rosakkan lagi, dah Ko tahan dia isap dadah, Ko bawak la pegi pusat ke, masuk dlm ke. Ni Ko.... Entah la. Muka m ni nak perjuangkan melayu.. . Zaman Umno berkuasa pun kalah Saman. Dgn isteri dulu pun ade hal juga. Manusia mcm ni ramai Aku Jumpa. Driver Lori ramai mcm ni. Jenis Aku je betul. Org lain Salah. Org lain Jahat. Org mcm ni boleh menang dlm umno... Suruh dia pegi mampos la. Org mcm ni bahaya... Yg seko lagi Aku tak kenal. Tapi tak foto mcm Dah kubur panggil... Pegi jaga kubur sendiri la. Jgn Ingat join pas, confirm masuk syurga... Percaya la Kat lebai2 tu. Dia org pun Belum tentu...
ReplyDelete