Pages

Thursday, 8 November 2018

[Video Keluhan penoreh getah! Dua Tan Sri dikejar DOSA SILAM?] Alahai penoreh getah, siapalah nak membela kami atau tak mustahil #kerajaan_sepenggal_ajer? Datuk Seri berprofil tinggi kini di bawah kanta SPRM.

Jumaat, 9 November 2018


Otai BERSIH
Hari tu gambar pemandu teksi...kali ni gambar penoreh getah...
Pihak berkenaan buatlah sesuatu utk membantu golongan seperti ini....
Sekiranya masaalah seperti ini berterusan tak mustahil #kerajaan_sepenggal_ajer.
Keluh resah penoreh getah
HARGA getah yang semakin merudum buat penoreh getah terus berkeluh resah. Sedangkan harga barang-barang lain  meningkat termasuk harga makanan dan barang keperluan.                
Tular video di grup-grup WhatsApp luahan seorang pak cik yang dipercayai juga seorang penoreh getah memeluk sebatang pokok getah dengan berlatar belakangkan kawasan kebun getah namun tidak dipastikan di mana lokasinya.
Dia juga meminta pihak-pihak yang tertentu mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib pekebun-pekebun kecil sepertinya.  
"Saya cukup sedih, kerana harga sekilogram (KG) ikan kembung RM12 berbanding harga sekerap (getah sekerap) hanya RM2.  Anak saya banyak (ramai), (jadi) saya kena motong (menoreh) 10 KG getah berbanding dengan harga (ikan) kembung... menangis saya setiap kali anak saya sedih.
"Anak saya sedih, sekali hadap sahaja (ikan) satu kilogram.  Saya berucaplah (bercakap) (agar) pihak yang berkenaan ambil tindakan sewajar(nya) (dengan) harga pokok-pokok getah pekebun kecil.  Saya haraplah sangat pihak yang memaju (yang) meneroka (ambil tindakan)," luahannya.
SH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Tempat anda berapa kah harga ikan2 ni?
Otai BERSIH 

Datuk Seri berprofil tinggi kini di bawah kanta SPRM

Seorang anggota parlimen (MP) dipercayai memungut habuan berjuta-juta ringgit hasil 'komisyen' daripada beberapa projek kerajaan BN.
Suspek yang dianggap berprofil tinggi itu dikatakan tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan namun memperoleh laba yang sangat besar atas peranannya menjadi orang tengah.
Memetik sumber dalaman NST melaporkan SPRM kini diperingkat akhir siasatan berhubung kes itu yang melibatkan projek bernilai lebih RM3 bilion.
Lapor akhbar itu SPRM sedang meneliti 10 projek di bawah Kementerian Kewang yang dicurigai.
MP terbabit - didakwa bergelar Datuk Seri - memperoleh habuan di antara lapan dan 10 peratus bagi setiap projek yang dibantunya. Projek terbabit, kata sumber, dijalankan di antara 2015 sehingga sebelum PRU ke-14 berlangsung.
Untuk rekod semasa kejadian itu berlaku Kementerian Kewangan diketuai Najib Razak. Lapor NST, dipercayai kedatangan Najib ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam ada kaitan dengan siasatan kes itu.
Najib menghabiskan masa kira-kira empat jam di agensi penguatkuasaan antirasuah berkenaan.
Antara projek yang sedang diteliti lapor NST melibatan Lebuh Raya Pantai Barat yang melibatkan jajaran sejauh 316km selain pemerolehan ambulans untuk Kementerian Kesihatan pada tahun lalu.
Difahamkan kenderaan terbabit dibeli pada harga lebih RM100 juta.
Akhbar itu juga melaporkan penyiasat sedang melihat kemungkinan berlaku rasuah dalam pembinaan beberapa jalan raya termasuk di Pelabuhan Kelang, Sik di Kedah serta beberapa kawasan lain di pantai timur.
"Difahamkan beberapa projek yang disiasat SPRM dalam kes ini dijalankan kontraktor-kontraktor dilantik Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dulu," kata laporan berkenaan.
Mk.

No comments:

Post a Comment