Pages

Tuesday, 6 November 2018

[Video GEMPAR! Jufazli BONGKAR Skandal Musa Aman & UmnoBN Sabah] Macai Umno syok sendiri, Kah3! BN kalah PRU 14 sebab ada pegawai sambut 'kemenangan' awal2 lagi...Kad RM100 tanpa had RapidKL mulai 1 Januari 2019.

Selasa, 6 November 2018
Foto Suara Rakyat.
BN kalah PRU 14 sebab ada pegawai sambut 'kemenangan' awal2 lagi sebab ke 'poweran' nya menjangkakan BN akan menang besar PRU14 pd mlm 9 Mei.

Najib pon hepi dimomokkan dengan ayat2 manis mereka.. Akhirnya BN jadi mangsa.
HA HA HA.. #SyokSendiri

Kad RM100 tanpa had RapidKL mulai 1 Januari 2019

Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kereta serta penyelenggaraan infrastruktur jalan raya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM240 juta bagi memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.
“Selain itu, pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan,” ujarnya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, kempen itu akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat dan akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan.
“Syarikat Prasarana Bhd iaitu anak syarikat pengangkutan awam milik penuh Kerajaan, akan memperbaiki jaringan perkhidmatan basnya dengan menggunakan sepenuhnya aset terkini yang merangkumi 1,131 bas RapidKL, 408 RapidPenang, 69 RapidKuantan dan 300 bas perantara MRT.
“Prasarana juga akan melaksanakan model usahasama dengan syarikat bas swasta yang lain untuk menguruskan laluan dan perkhidmatan, serta mengawal kos, bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.
“Justeru, ini akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengurangkan penggunaan kereta dan penyelenggaraan infrastruktur jalan raya,” ujarnya. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment