Pages

Sunday, 18 November 2018

[Video 签署ICERD并非必要 安华:不如先展延] Jangan gundah pandangan berbeza mengenai ICERD & Kabinet belum bincang ICERD secara terperinci - Wan Azizah.

Isnin, 19 November 2018
Foto Thecikk Dinn.
Gambar sekadar hiasan.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Relak la bro, kerajaan pun belum bincang lagi!
Otai BERSIH
MUHYIDDIN pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang (JPU) AADK di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

Jangan gundah pandangan berbeza mengenai ICERD

PUTRAJAYA: Perbezaan pendapat mengenai isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) khususnya dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) adalah sebahagian amalan demokrasi di negara ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat tidak perlu rasa gundah berikutan wujudnya perbezaan pendapat itu kerana keputusan akhirnya akan dibuat oleh kerajaan.
“Kami di BERSATU juga banyak menerima input daripada ahli yang tidak bersetuju mengenai isu berkenaan, malah itu pandangan mereka dan saya akan bawa ke Kabinet tetapi sementara itu, ada juga pendapat yang mungkin kata, kita kena timbang dan kena halusi, tidak mengapalah.
“Jangan risau, kalau Loke (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook) mempunyai pandangan tidak sama dengan saya, tidak mengapa.
“Kita tidak hendak sekat dan bataskan sesiapa daripada mengeluarkan pandangan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini.
Sidang media sama turut disertai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut menyuarakan keraguannya terhadap ICERD kerana ada peruntukan yang tidak sesuai dengan Malaysia.
Menurutnya, kerajaan akan membuat keputusan selepas berbincang dengan semua kaum dan beliau mengakui ia bukan mudah kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Pada 6 November lalu, Ketua Pemuda BERSATU yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menolak proses meratifikasi ICERD jika ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.

Kabinet belum bincang ICERD secara terperinci - Wan Azizah

PUTRAJAYA: Isu membabitkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) belum dibincangkan Kabinet secara terperinci, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan Kabinet akan membincangkan mengenai ratifikasi ICERD dan isu yang timbul serta pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak berhubung cadangan berkenaan.
“Belum.. kita belum lagi bincang secara terperinci dalam Kabinet, ini kita akan bincangkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai protes dilakukan beberapa pihak berhubung cadangan meratifikasi ICERD.
Semalam, dianggarkan lebih 1,500 orang berkumpul di sekitar pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di ibu kota membantah pengiktirafan ICERD di Malaysia yang dianggap bakal menggugat kepentingan agama dan menghakis hak bumiputera.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad sebelum ini mendakwa, tindakan meratifikasi atau mengesahkan ICERD akan mengakibatkan berlakunya penghapusan kepada hak istimewa yang dimiliki orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.
Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy dipetik berkata, Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk melaksanakan ICERD pada suku pertama tahun depan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, dilaporkan berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan meja bulat pada 7 November ini bersama NGO Islam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi membincangkan cadangan meratifikasikan ICERD.
Dalam pada itu ditanya berhubung dakwaan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli diserang dan dipukul di bahagian kepala di Cabang Keningau, Sabah sebelum ini, Dr Wan Azizah berkata, hal itu akan disiasat.
Sementara itu dalam ucapan penutupan persidangan, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, berkata kerajaan mengambil perhatian serius dalam menangani masalah penderaan, pengabaian dan buli siber terhadap kanak-kanak.
“Saya berharap agar semua pihak terutama ibu bapa dan ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada kanak-kanak supaya dapat mengenalpasti sekiranya terdapat unsur eksploitasi sehingga menggugat kelestarian kesejahteraan kanak-kanak.
“Kerajaan komited untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk manipulasi, mereka harus diberikan peluang untuk mengembangkan potensi sepenuhnya supaya peluang yang cerah terbuka untuk mereka di masa depan,” katanya.
BH Online

No comments:

Post a Comment