"Inikah Cara Sambut Ulang Tahun HINDRAF 25 NOVEMBER"? - Vigneswaran
Jualan rugi, taukey lari bini mati...
Tumpang sekole.
Skandal 1MDB lagi rahsia terbongkar...
Najib, maharaja perompak kelas cakrawala merangkap maharaja pembohong, kini terperangkap dengan pembohongannya. Dia menjaja pembohongan kononnya dia tak kenal Jho Low, lepas itu tambah pembohongan lagi kononnya dia ditipu oleh Jho Low pulak. Oleh kerana dia perompak yang tidak bijak, dikuasai bininya yg super rakus, super gila kuasa yang melantik dirinya sendiri sebagai 'First Lady of Malaysia' maka kini dia menjilat sendiri segala pembohongannya.
Manusia boleh merancang tapi Allah menentukan segala. Siapa sangka istri badut Najib yg sanggup mati bersama perompak itu, sanggup mendedahkan pengkhianatan Najib dan para pegawai tinggi yg bersekongkong dengan bekas PM yang super korup itu. Ketua Audit Negara, Dr Madinah, yang dilantik sebagai Ketua Audit Negara oleh Najib telah mendedahkan laporan audit 1MDB yang dikemukakan kepada PAC dan diOSAkan itu diarah Najib untuk memadamkan butir-butir yg tidak disenanginya.
Antaranya laporan menyatakan Jho Low ada bersama dalam meeting 1MDB dan terlibat dalam skandal 1MDB. Sudah jelas penyamun hendak menyelamatkan rakan penyamun yang sama taraf dengannya. Najib herharap laporan audit 1MDB yg diserahkan kepada PAC, setelah dipadamkan penglibatan Jho Low dan Najib juga, akan menyelamatkan Najib dari penjara.
Laporan polis dan SPRM telah dibuat oleh pihak Ketua Audit Negara. Nama-nama yang disebut terbabit dalam penipuan pindaan laporan 1MDB kepada PAC termasuklah Dr Ali Hamza ( bekas KSN), Amrin Buang (bekas Ketua Audit Negara), Dzulkifli Ahmad (bekas KP SPRM), Tan Sri Shukry Salleh (bekas Ketua Setiausaha Sulit PM), dan turut terlibat juga Apandi Ali (bekas Peguam Negara) dan Arul Kanda.
Ini jenayah kelas berat. Ia merupakan pengkhianatan terhadap negara kerana bersubahat dengan Najib Razak, maharaja penyamun kelas cakrawala, dalam penipuan skandal 1MDB. Bukti sudah jelas.
Pihak SPRM dan PDRM juga Peguam Negara sekarang tidak boleh melengah-lengahkan mengambil tindakan terhadap mereka yg terlibat dalam jenayah pengkhianatan ini. Jangan meninabobokan rakyat dengan berbagau alasan untuk tidak bertindak tegas dan cepat.
Apa yang dinyatakan Tun Mahathir bahawa banyak pegawai tinggi kerajaan terlibat dalam rasuah, salahguna kuasa kerana terlibat dalam budaya 'cash is king'. Rakyat mahu kes pengkhianatan negara oleh mereka yang memalsukan laporan audit 1MDB ini dibicarakan segera.
Rakyat berharap dan berdoa mereka yang terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa sebagai pengkhianat negara, dan ditendang terus ke Sg Buloh berlabuh lebih 20 tahun, biar mampus dalam penjara. Kalau kes ini dibawa ke mahkamah segera besar kemungkinan Najib terkancing gigi, tercirit, duduk dalam kandang orang salah, dan Sg Buloh tempat bersemayam maharaja perompak kelas cakrawala ini. - Yahaya Ismail.
Tumpang sekole.
No comments:
Post a Comment