Pages

Saturday, 17 November 2018

[Video Kita berkelahi kerana apa? Bergaduh kerana apa?] Subky: Dr M silap bagi muka 'India tak berparti' isu Icerd...Mengkritik parti kaum India boleh jadi menteri.

Ahad, 18 Novmber 2018

Dr M silap bagi muka 'India tak berparti' isu Icerd - Subky

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad yang baru setengah tahun kini ribut gara-gara formula perpaduan menteri perpaduannya apabila mengetengahkan diratifikasikan Icerd – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.
Diskriminasi di Malaysia selama 61 tahun tidaklah sempurna tetapi ia bukan suatu yang dikategorikan zalim atau amat zalim. Kalau dalam kezaliman ada keadilan, maka ciri-ciri diskriminasi yang ada itu ialah satu kesaksamaan yang berhikmat lagi rahmat.
Antara rahmat itu Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengangkat seorang peranakan India yang tidak berparti politik yang tidak menyertai pilihan raya menjadi menteri di JPM memacu urusan perpaduan kaum supaya menambah baik perpaduan yang dipelihara sekian lama.
Kritik parti kaum India jadi menteri
Ramai peranakan India bermati-matian berpolitik melalui parti pilihannya. 
Ada antaranya dipecat dari partinya dan berbalah sama sendiri bagi menegakkan tindakan politik yang dipercayainya, berbelanja dan berkorban untuk partinya tidak dipilih menjadi menteri.

Tetapi seorang yang berparti tetapi sentiasa mengkritik perjalanan politik negara dan parti politik kaum India, dilantik jadi menteri.
Mahathir ada kata ia tidak sesuai dengan negara kita, tetapi dia tidak tutup pintu perbincangan.
Pro konvensyen di kalangan aktivis tidak ada komitmen politik berparti memang mencari kepuasan dari hal yang tidak menyenangkannya.
Tidak semua orang puas dengan semua. Kita boleh berpuas hati dalam setengah tetapi tidak semua boleh puas hati dengan semua.
Sempurna hanya di syurga
Diskriminasi di sini setakat ini tidak termasuk ekstrem. Yang sempurna tidak mungkin diperolehi di dunia. Yang sempurna itu hanya di syurga.
Gara-gara percubaan menteri perpaduan mahu menyempurnakannya, telah menyusahkan perdana menteri. Ia menyusahkan kerajaan dan sekalian anggota kabinet dikecam.
Kebijaksanaan PH dan kerajaannya tercalar gara-gara politik individu yang tidak berparti.
Kerajaan memerlukan masa untuk menyempurnakan manifesto yang belum tertunai, maka menteri perpaduan telah menyusahkan perdana menteri yang mengangkatnya dan kerajaan yang memberi kepercayaan kepadanya.
Jika menteri MIC membuat angkara, PM dan BN boleh tekan MIC. Bila DAP buat angkara, PM dan kerajaan boleh tekan DAP. Orang tidak berparti hendak buat macam mana.
Sebagaimana Najib pernah kecewa, maka Mahathir juga beroleh susah yang sama.

SUBKY LATIF ialah wartawan veteran dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Tulisan ini disiarkan kali pertama di Harakahdaily dengan judul "India tanpa parti kecewa Najib, Mahathir."
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment