Pages

Friday, 2 November 2018

[Video Kita tak bayar royalti Kelantan sebab Kelantan saman kami-Azmin Ali] PAC maklumkan 5 individu yang telah mengubah laporan asal audit 1MDB! Seorang DARI Jabatan Peguam Negara? 1 orang DARI 1MDB? Satu DARI JPM? SIAPAKAH DIA? Lima individu didedah kepada panel Parlimen.

Jumaat, 2 November 2018
Foto Suara Rakyat.
KUALA LUMPUR, 1 Nov — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimaklumkan lima individu yang telah mengubah laporan asal audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Nama-nama Najib, Rosmah dan Jho Low kelihatan muncul semula dalam laporan [asal] dengan cara yang tidak menguntungkan mereka.”

Tiga daripada lima individu yang mensabotaj laporan itu berjawatan tinggi dalam Jabatan Peguam Negara, 1MDB dan pegawai yang ada akses kepada Pejabat Perdana Menteri waktu itu.

Seorang DARI.. Jabatan Peguam Negara?
Seorang DARI.. 1MDB?
Seorang DARI.. Pejabat Perdana Menteri?
SIAPAKAH DIA?
 Siapakah lima individu yang telah mengubah laporan asal audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bahagian dokumen siasatan 1MDB, yang dijalankan PAC dulu, diubah agar tidak memberi gambar negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak (foto), isterinya dan Low Taek Jho. ― Foto oleh Firdaus Latif
KUALA LUMPUR, 1 Nov — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimaklumkan lima individu yang telah mengubah laporan asal audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
PAC, yang pernah menyiasat isu ini, didedahkan bukti kukuh perubahan itu melalui dua dokumen, satu daripadanya mengandungi bahagian yang “hilang”, lapor New Straits Times.
Bahagian dokumen itu dilaporkan diubah itu termasuk maklumat berkaitan perdana menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Low Taek Jho.
“Bahagian yang diolah semula, selepas diubah, dapat membatalkan penemuan [audit atau siasatan] sebelum ini,” kata satu sumber, yang tidak dinamakan, kepada akhbar itu.
“Nama-nama Najib, Rosmah dan Jho Low kelihatan muncul semula dalam laporan [asal] dengan cara yang tidak menguntungkan mereka.”
Tiga daripada lima individu yang mensabotaj laporan itu berjawatan tinggi dalam Jabatan Peguam Negara, 1MDB dan pegawai yang ada akses kepada Pejabat Perdana Menteri waktu itu.
Kelmarin, bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan audit asal 1MDB diubah dengan mempertahan integriti laporan itu, yang dikelaskan sebagai rahsia.

No comments:

Post a Comment