2 ekspresi muka dalam 1 mahkamah. Sorang senyum sokmo, sorang senyum kelat
Tumpang sekole.
Bajet pertama akan dibentang kerajaan baru selepas 61 tahun
Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang.
Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.
Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.
"Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang," kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.
Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah US$70 setong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 setong pada masa ini.
Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejateraan rakyat.
Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.
Spekulasi tersebar mengenai pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.
Beliau berkata, pendapatan tersebut akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah memberi jaminan yang bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.
Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang "sukar", adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST. Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.
Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya.
- Bernama
Mk.
No comments:
Post a Comment