Pages

Thursday, 22 November 2018

[Video Tajuddin Pasir Salak Mengamuk ''Ada Orang Lupa Makan Ubat!''] "EHHH...KAN KITA SAMA2 MENIPU?" Najib...Najib...Najib....bukankah lebih baik jika duduk diam-diam saja?

Jumaat, 23 November 2018

Foto Otai BERSIH.
Orang yg berakhlak dan berilmu merasakan setiap ayat2 yg keluar dari lidahnya akan didengar oleh jutaan telinga dan tidak terhakis ayat ini hingga akhir zaman sahingga ianya dihisab diakhirat.....!!
https://www.facebook.com/439243252783688/posts/2345439125497415/

"EHHH...KAN KITA SAMA2 MENIPU?"

Apabila Najib Razak dalam ulasan terbarunya berkenaan skandal 1MDB menyimpulkan beliau dan Malaysia telah ditipu oleh Jho Low, rasanya seluruh dunia "tekejut beruk" dengan kenyataan itu.


Ia bukan saja bertentangan dengan pelbagai pendedahan dan siasatan di peringkat antarabangsa yang sudah pun menjadi pengetahuan umum, malah kenyataan itu juga berbeza dengan apa yang pernah keluar daripada mulut Najib sendiri sebelum ini.
Pada 16 Mac 2015, dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, Najib memberitahu Jho Low tiada sebarang kaitan dengan 1MDB.

Jho Low tidak pernah bekerja dengan 1MDB dan semua keputusan serta urusniaga syarikat itu dibuat oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarahnya, kata Najib lagi.

Tetapi, dalam temubual dengan sebuah portal berita setelah kehilangan kuasa sebagai Perdana Menteri iaitu pada 29 Jun lalu, nada Najib berbeza dengan mendedahkan alasanya mengapa Jho Low diberi peranan penting dalam 1MDB.

Kata beliau, Jho Low mempunyai hubungan strategik dengan kepimpinan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz dan kerabatnya serta dengan beberapa negara Arab, terutamanya UAE dan kelebihan itu mungkin memberi faedah kepada Malaysia.
Bagaimana dalam keadaan pernah mengatakan Jho Low tiada peranan dan kemudian mengakui jutawan playboy itu diberi peranan penting dalam 1MDB, Najib tiba-tiba menyimpulkan beliau adalah mangsa penipuan pula?

Yang mana satu kenyataan Najib itu yang betul dan boleh dipercayai?

Lagi pula, kalau benar Najib ditipu oleh Jho Low, bagaimanakah firma jutawan playboy itu, Tanore Finance Corporation boleh menyalurkan wang RM2.6 bilion ke dalam akuan bank peribadi bekas Perdana Menteri itu?

Lebih daripada itu, kalau betul juga ditipu, bagaimana  Jho Low boleh memberi pelbagai hadiah barang kemas mewah, termasuk loket berlian berwarna merah jambu berharga AS$27 juta kepada Rosmah Mansor?
Adakah seorang penipu begitu murah hati seperti Jho Low?

Apakah Rosmah dan anaknya, Riza Aziz setuju bahawa Jho Low seorang penipu?


Dengan kenyataan Najib yang sering berbeza dan tidak konsisten itu, apakah dalam mahkamah nanti,  Najib sekali lagi akan menampilkan perbezaan yang seterusnya berkenaan Jho Low?

Dalam waktu yang sama, apakah agaknya reaksi Jho Low sendiri bila membaca kenyataan Najib bahawa beliau telah menipu bekas Perdana Menteri itu?

Adakah Jho Low akan senyum sendirian dan ketawa berguling-guling terhadap cubaan Najib menyalahkannya itu, tetapi dalam hatinya berkata, “ehhh, kan ke kita sama-sama menipu?"

Atau jika sebelum ini Jho Low dilaporkan beberapa menghubungi Tun Daim Zainuddin untuk meminta agar diberi perlindungan sebagai saksi berhubung penyiasatan 1MDB, apakah tindakan Najib menyalahkannya kali ini akan mendorong beliau menelefon Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan itu sekali lagi untuk segera bekerjasama dan mendedahkan segala-galanya?

Najib...Najib...Najib....bukankah lebih  jika duduk diam-diam saja? (ShahbudinHusin 23/11/2018)

No comments:

Post a Comment