Dr M, HARAPAN perlu ingat alasan rakyat tak undi BN
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu ingat bahawa rakyat Malaysia mengundi mereka pada pilihan raya umum (PRU) lalu bukan untuk menyaksikan anggota parlimen BN lompat parti menyertai gabungan itu.
Badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu berkata pihak yang menukar parti hanya mahukan jawatan dan kepentingan peribadi, selain tindakan itu dilihat sebagai ingin lari dari didakwa sekiranya pernah melakukan kesalahan sebelum ini.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Jawatankuasa Pemandu BERSIH menyatakan kebimbangan berhubung kemungkinan anggota parlimen Umno menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Tindakan anggota parlimen seperti itu adalah pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan pengundi pada PRU ke-13 yang mengundi mereka menjadi wakil rakyat berdasarkan parti politik yang mereka naungi.
"Ia juga memperlekehkan demokrasi negara ini sekiranya anggota parlimen yang kalah seperti Umno dengan mudah menyertai parti pemerintah dan menikmati semua manfaat menjadi kerajaan dan bukannya memainkan peranan sebagai pembangkang untuk semak dan imbang," katanya.
BERSIH turut mempersoalkan sama ada anggota parlimen Umno yang menyertai BERSATU akan dipertanggungjawabkan dengan kesalahan mereka berkaitan salah guna kuasa dan rasuah ketika berada di rejim BN.
Selain itu, pertubuhan berkenaan juga menyorot cadangan kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang menghalang tindakan lompat parti.
"bagaimanapun, undang-undang yang melarang lompat parti melanggar kebebasan menyertai persatuan yang dijamin di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Nordin Salleh pada 1992," katanya.
Mk.
No comments:
Post a Comment