Patutlah Lebai degil nak berdemo jugak, rupa-rupanya..
Nak elak kerugian dan kekecewaan bakal ditanggung penganjur dan peserta... 😂
#Kah355 #PembangkangTetapBengang
#Kah355 #PembangkangTetapBengang
Polis jamin cari dalang cetus ketegangan
Polis memberi jaminan kepada kerajaan Selangor untuk melakukan siasatan rapi berhubung kekecohan yang berlaku di kawasan kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata beliau menghubungi ketua Polis Selangor Mazlan Mansor dan sudah diberikan jaminan bahawa siasatan itu akan dilakukan secara menyeluruh.
Katanya tindakan sewajarnya akan diambil selepas ia diselesaikan.
"Saya mengecam sebarang tindakan biadab dan melampaui batas undang-undang sekali gus mencetuskan keresahan penduduk setempat dan rakyat Selangor.
Semua pihak perlu bertenang serta tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat perkauman, kebencian dan menghasut.
"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir yang mahu menggugat ketenteraman dan keamanan yang dinikmati rakyat negeri ini," katanya.
Sementara itu Anggota Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata isu berkenaan boleh ditangani secara baik dan mengikut peraturan negara.
"Dengan kebijaksanaan semua pihak saya yakin perkara ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan mengambil langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak," katanya yang juga menteri pertahanan.
Mk.
No comments:
Post a Comment