Pages

Tuesday, 6 November 2018

[Video Tun M: Banyak Orang Takut Najib, Saya Pun Takutttttt] Tetiba jer Umno melancarkan jentera PRK DUN Rantau! RUANG APA LAGI YANG NAJIB MAHU? Di manakah perasaan malu Najib sebenarnya?

Selasa, 6 November 2018
Foto Suara Rakyat.
TIBA-TIBA jer UMNO hari ini melancarkan jentera PRK DUN Rantau sebagai persediaan utk menghadapi persediaan sekiranya PRK itu walaupun keputusan petisyen belum dibuat lagi, kenapa?

Sama-sama nantikan keputusan petisyen di mahkamah.

RUANG APA LAGI YANG NAJIB MAHU?

Di sebalik bermulanya serangan daripada beberapa pemimpin seperti Nazri Aziz serta Khairy Jamaluddin dan akhbar milik UMNO, Utusan terhadapnya akhir-akhir ini, Najib Razak menjelaskan kemunculannya dari semasa ke semasa hanyalah bertujuan memberi pandangan dan idea bagi memperkasa UMNO, mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi negara.

“Saya percaya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada saya, saya boleh memberi sumbangan ke arah matlamat tersebut, lebih-lebih lagi sekiranya ada fitnah, pembohongan dan apa-apa fakta yang tidak betul yang dilontarkan, katanya.

Tegasnya, beliau juga sama sekali tidak berhasrat untuk kembali semula menjadi Presiden UMNO atau Perdana Menteri kerana telah memegang jawatan itu selama sembilan tahun sebelum ini.
Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak akan memberi ruang kepadanya melakukan peranan dan  sumbangan itu.

Sekali lalu memang nampak logik apa yang Najib minta dan lakukan sekarang ini, tetapi jika beliau sedar diri dan ada sedikit perasaan malu dalam dirinya, berdiam diri serta duduk diam-diam di rumah sambil menumpukan perhatian kepada kes mahkamahnya adalah pilihan yang paling baik untuk dilakukannya.

Ini kerana beliau sudah pun ditolak rakyat pada PRU14 lalu yang berpunca daripada skandal melibatkan dirinya, kemewahan serta keborosannya berbelanja, caranya memimpin UMNO serta kerajaan dan kelemahannya sebagai ketua keluarga sehingga isteri dan ahli keluarga tertentunya dilihat turut sama mempunyai kuasa dan memperolehi banyak manfaat daripada kedudukannya.

Tidak ada sebab lain rakyat menolak UMNO dan BN melainkan kerana benci dan meluat kepadanya serta tidak langsung lebih lama membiarkannya merosakkan negara ini.

Jika Najib sedar realiti itu, sebenarnya tidak perlu sama sekali beliau meminta diberi peluang untuk menyumbang dan memulihkan semula UMNO kerana kedudukannya yang sudah ditolak rakyat sebelum ini mustahil memungkinkannya untuk diterima semula.

Beliau adalah pemimpin yang gagal  dan satu-satunya pemimpin yang pernah ditolak sehingga menyebabkan UMNO kalah serta kehilangan kuasanya di peringkat Persekutuan.

Lagi pun, dengan 38 kes mahkamah yang sedang dihadapinya, 17 kes oleh Rosmah Mansor dan mungkin puluhan pertuduhan lagi bakal menjelma, apakah Najib fikir rakyat boleh menerimanya semula?
Tidak cukup lagikah peluang dan ruang selama sembilan tahun yang telah diberikan kepadanya selama ini?

Lebih daripada itu, Najib juga mesti sedar bahawa UMNO sudah ada barisan kepimpinan baru sekarang ini.

Dalam hal ini, Najib seharusnya memberi ruang dan peluang kepada barisan kepimpinan baru parti  untuk memulihkan parti melalui corak dan rekaan pilihan mereka tanpa sebarang gangguan daripadanya.

Terus mencampuri urusan parti dengan sentiasa membayangi kepimpinan sedia ada dalam tugas dan peranannya hanya akan menambahkan kesukaran bagi UMNO untuk dipulihkan semula, selain seolah-olah beliau mahu terus berlindung atau bergantung kepada UMNO untuk berhadapan dengan kes-kes mahkamahnya.

Jika Najib sebelum ini pernah mengecam Tun Mahathir Mohamad kerana terus campurtangan dalam urusan UMNO dan kerajaan, biar pun setelah tidak lagi menjadi Presiden UMNO, mengapakah kini beliau turut melakukan perkara yang sama?

Berbanding Tun Mahathir yang tidak pernah ada kes mahkamah atau jenayah, sebaliknya campurtangan beliau sebelum ini semata-mata untuk kebaikan dan masa depan negara,  tetapi dengan deretan kes mahkamah yang dihadapinya sekarang yang secara tidak langsung turut sama membebankan UMNO, di manakah perasaan malu Najib sebenarnya? (ShahbudinHusin 06/11/2018)

No comments:

Post a Comment