JHO LOW SUDAH TIADA PASPORT, MAKIN CEMASKAH NAJIB DAN ROSMAH?
Sebuah negara kecil di Kepulauan Caribbean, St. Kitts and Nevis membuat keputusan menbatalkan pasport yang pernah dikeluarkannya kepada Jho Low.
Pentadbiran negara itu membuat keputusan demikian berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa Malaysia mahu menangkap ahli perniagaan terbabit berkaitan skandal 1MDB.
Sebelum ini, Malaysia juga telah membatalkan pasport milik Jho Low berkuatkuasa 15 Jun lalu atas permintaan SPRM berhubung siasatan skandal 1MDB.
Pembatalan pasport itu tidak lain ialah bertujuan menyekat pergerakannya.
Jho Low selama ini difahamkan mempunyai dua pasport untuk memudahkannya bergerak - satu dikeluarkan oleh Malaysia dan satu lagi oleh St. Kitts and Nevis
Tetapi kini kedua-dua pasport itu sudah pun dibatalkan.
Bagaimana lagi beliau mahu bergerak dari satu negara ke satu negara lain untuk bersembunyi dan melarikan diri?
Adakah ini menandakan Jho Low dengan mudah bakal ditangkap tidak lama lagi?
Makin cemaskah Najib Razak dan Rosmah Mansor dengan perkembangan terbaru ini?
Atau mungkinkah Jho Low masih ada pasport ketiga yang dikeluarkan oleh negara lain kepadanya? (ShahbudinHusin 08/11/2018)
No comments:
Post a Comment