Larangan merokok: Pendekatan 'mendidik' untuk 6 bulan pertama
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkata pihaknya akan mengambil pendekatan mendidik bagi enam bulan pertama tahun ini berhubung larangan merokok di premis makanan seluruh negara yang berkuatkuasa hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas program tinjauan beberapa kepada makan di Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Dzulkefly berkata tindakan hukuman hanya akan dikuatkuasakan selepas enam bulan.
"Saya tahu ada orang yang kata 'mari kita buat (denda) sekarang' tapi kita di kementerian mempunyai piawai prosedur operasi (SOP).
"Bagi kempen ini kita membenarkan enam bulan pertama untuk mendidik orang awam. Selepas itu, tiada lagi alasan," kata Dzulkefly yang diiringi pegawai Kementerian Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Oktober lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di semua premis makanan di seluruh negara.
Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun.
Pemilik premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok akan didenda maksimum RM2,500.
Perokok bagaimanapun dibenarkan merokok 3 meter (kira-kira 10 kaki) dari premis makanan.
2019 penentu Malaysia Baharu berjaya digerakkan atau sekadar khayalan
2018, rakyat Malaysia berasa bangga buat kali pertama sejak bertahun lamanya dan melakukan perkara yang mereka sendiri tidak sangka, malah dunia sendiri terkejut, apabila berjaya mengubah tampuk pemerintahan di Putrajaya secara aman dan demokratik, sekali gus memberi harapan kepada rakyat Malaysia dan dunia supaya tidak terus berputus asa memilih demokrasi sebagai suatu sistem pemerintahan.
2018 mungkin akan menjadi tahun paling penting dalam sejarah negara, yang mana akan menentukan sama ada agenda Malaysia Baharu yang dibawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, Bersatu, PKR dan Amanah berjaya digerakkan atau hanya sekadar khayalan.
9 Mei 2018, memberikan rakyat Malaysia peluang untuk membetulkan semula dasar pembinaan negara. Namun, sebuah Malaysia Baharu tidak boleh dibina atau disiapkan dalam tempoh 100 hari, dua tahun atau satu pusingan pilihan raya, tetapi memerlukan sedekad dua untuk dicapai.
Malaysia Baharu sedang bergelut untuk dilahirkan dan semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, jantina, sama ada di dalam negara atau diaspora seluruh dunia, harus turut serta dalam proses pembentukan sebuah Malaysia Baharu.
Perjalanan menuju sebuah Malaysia Baharu harus berakar pada tahun 2019 berdasarkan pembaharuan institusi dan struktur bagi mentransformasi Malaysia daripada kleptokrasi global kepada negara peneraju integriti; mengembalikan semula kedaulatan undang-undang; mengukuhkan demokrasi; reformasi sistem pendidikan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf antarabangsa; menyatukan rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama dan budaya serta mengangkat pertembungan pelbagai kaum, agama, budaya dan peradaban di Malaysia sebagai satu aset untuk membentuk sebuah ketamadunan global baharu.
Pendek kata, rakyat Malaysia harus bersaing dengan dunia luar dan tidak sekadar bersaing sesama sendiri sahaja.
Rakyat Malaysia harus beralih dari era ketuanan Melayu ke arah ketuanan rakyat Malaysia.
Pembinaan negara tidak harus menjadi permainan zero sum tetapi formula menang-menang. Kita harus memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi tidak sehingga meminggirkan hak orang bukan Melayu. Kita harus memperjuangkan hak orang Cina, tetapi tidak sehingga menjejaskan hak orang bukan Cina. Begitu juga dengan perjuangan hak orang India, tanpa mengancam hak bukan orang India di Malaysia. Begitu juga dengan kaum Kadazan, Iban, masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Mari bersama-sama kita jadikan tahun 2020 sebagai tahun di mana rakyat Malaysia mampu menuai hasil daripada usaha pembinaan Malaysia Baharu. – Roketkini.com
*Perutusan Tahun Baharu 2019 oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Cameron Highland pada Isnin, 31 Disember 2018
Harga minyak mingguan: Jangan tangguh lama-lama, pesan KJ
Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap kerajaan tidak mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan semula sistem penetapan harga petrol mingguan.
Sistem apungan harga secara mingguan itu dijangka akan menurunkan harga runcit petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global pada masa ini.
Khairy berkata sudah tujuh minggu rakyat Malaysia membayar harga petrol yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
"Jangan tangguh lama-lama. Sudah tujuh minggu rakyat bayar 'subsidi' kepada kerajaan," katanya di Twitter.
mk.
Penurunan harga minyak ditangguh ke akhir minggu pertama 2019
Harga runcit petrol nampaknya akan kekal sehingga Jumaat ini apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan semula penetapan harga minyak mingguan, yang sepatutnya bermula 1 Januari 2019.
Sistem apungan harga secara mingguan dijangka akan menurunkan harga runcit petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global pada masa ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ia bagi membincangkan bantahan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berhubung langkah itu dan harga baru akan ditetapkan sebelum akhir minggu pertama 2019.
"Kerajaan berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan agar pengguna menikmati perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia.
"Bagaimanapun kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang membantah langkah itu dan meminta kadar margin pengusaha setesen yang menjadi salah satu komponen bawah mekanisme harga automatik (APM) yang digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum," katanya dalam kenyataan.
Justeru, katanya lagi, jemaah menteri akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat pada 2 Januari ini.
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga akan bertemu PDAM dalam masa terdekat," katanya lagi.
Pada masa ini, harga runcit bagi RON95 adalah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.18).
"Apabila harga minyak global turun, harga runcit produk petroleum juga akn diturunkan. Namun apabila harga minyak global naik, ia akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter.
"Pengekalan harga pada paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subisi bersasar untuk RON95 pada pertengahan 2019," katanya lagi.
Di ambang tahun baru, ahli PAS turun ke jalan bantah PH
Beberapa jam sebelum 2018 melabuhkan tirai, kira-kira 150 penyokong PAS turun ke jalan raya bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang menurut mereka peningkatan kos sara hidup di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Protes pembangkang di ambang tahun baru adalah perkara biasa sejak beberapa tahun lalu.
Antara protes terbesar sebelum ini adalah Himpunan Turun pada 31 Disember 2013 - juga berkenaan kos sara hidup - yang menarik ribuan hadirin.
Malam ini, di tengah-tengah hujan lebat, Pemuda PAS diketuai Muhammad Khalil Abdul Hadi meneruskan tradisi itu dan kali ini ia ditujukan kepada rakan lama mereka yang kini menjadi kerajaan persekutuan.
Guru agama dari Kelantan Terengganu Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee
Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti - Maszlee
KUALA LUMPUR: Kekurangan guru agama di Sabah Sarawak bukan isu baru. Sejak dari dahulu guru dari Semenanjung terpaksa dihantar ke Sabah dan Sarawak khususnya sekolah pedalaman. Sehubungan itu Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal.
Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak.
Dr Maszlee di Sarawak
“Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) dan beberapa rakan dari Kelantan dan Terengganu.
“Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian berhubung cadangan Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS supaya Kementerian Pendidikan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak bagi menyeimbangkan kekurangan guru agama.
Maszlee berkata, cadangan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak akan diteliti kementeriannya.
“Cadangan (Tuan Ibrahim) idea yang bernas. Kita akan teliti pandangan itu dan jika ada bajet akan dimasukkan ke dalam RMK12 (Rancangan Malaysia ke-12),” katanya.
Bagaimanapun saranan kekalkan guru semenanjung dari Kelantan dan Terengganu itu mendapat komen netizen yang pelbagai termasuk menentangnya atas istilah ‘dakwah’.
Menteri Pendidikan ketika di Sabah
Nafi medan dakwah tukar agama
Hari ini Dr Maszlee menjelaskan semula maksud dakwah itu dan berkata media tersalah tafsir tentang kenyataannya. Dr Maszlee Malik menolak dakwaan meminta guru-guru menjadikan sekolah sebagai medan untuk dakwah agama.
Sebaliknya, beliau menjelaskan dakwah yang dimaksudkan merujuk kepada menyeru dan mengajak kepada kebaikan, dan bukan untuk menukar agama.
Seperti biasa sebelum ini Dr Maszlee menyalahkan media tersalah lapor mengenai kenyataannya.
Sabahkini.
[http://sabahkini2.com/en/news/1532/guru-agama-dari-kelantan-terengganu-kedah-perlu-kekal-di-sabah-sarawak-terus-berdakwah-dr-maszlee/view]
PM Telah Beri Amanah Untuk Mengetuai NFCC" - Mustafar Ali
Tahun 2019: Apa rakyat dapat dari k'jaan baru?
Beberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu, manakala sebahagian yang lain akan diteruskan.
Walaupun beberapa inisiatif kerajaan terdahulu dimansuhkan, sebahagian program yang memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diteruskan selepas ia dijenamakan semula.
Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diubah namanya kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membolehkan isi rumah berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bayaran RM1,000 mulai 1 Jan.
Selain itu kerajaan juga membekukan kenaikan tol untuk semua lebuh raya dan penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang dan Tambak Johor pada tahun 2019.
Kumpulan B40 akan mempunyai peluang untuk memiliki rumah buat kali pertama melalui dana RM1 bilion di bawah Bank Negara Malaysia.
Pembeli rumah kali pertama pula akandikecualikanduti setem untuk hartanah berharga antara RM300,001 dan RM1 juta.
agi kumpulan B40 yang memiliki kereta dan motosikal dengan kapasiti masing-masing 1,500 cc dan 123 cc, akan terus menikmati subsidi minyak RON95 sebanyak 30 sen seliter.
Kumpulan ini juga mendapat pelan insurans yang dipanggil Skim Perlindungan Nasional B40 pada 1 Jan yang akan merangkumi 36 penyakit kritikal, di mana penerima akan memperoleh bayaran sehingga RM8,000.
Kerajaan juga merancang mengharamkan perokok merokok di semua restoran tahun depan dan mereka yang melanggar arahan ini boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara.
Pengguna perkhidmatan rel dan bas RapidKL pula berpeluang menerima pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan mulai 1 Januari 2019.
Manakala pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL.
Tahun ini juga menjadi tahun sukar bagi majikan kerana peningkatan kos operasi berikutan usaha kerajaan menyeragamkan dan meningkatkan gaji minimum di seluruh negara kepada RM1,100 sebulan menjelang Januari.
Angka ini mewakili kenaikan RM50 daripada gaji minimum RM1,000 di Semenanjung dan peningkatan RM130 daripada gaji minimum RM920 di Malaysia Timur.
Pekerja asing pula diwajibkan membayar 80 peratus daripada levi tahunan sebanyak RM10,000, dengan bakinya 20 peratus dibayar oleh majikan
Kerajaan juga akan mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara bermula 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.
Minggu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan semula mekanisme penentuan harga petrol secara mingguan mulai tahun depan.
Di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan premis hiburan mematuhi arahan tutup jam 1 pagi pada Januari, atau berisiko menghadapi tindakan. Berikutan itu, kerajaan Selangor berazam untuk melaksanakan peraturan itu.
Di bidang pendidikan, peperiksaan bagi murid tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan mulai tahun 2019 untuk digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Pemakaian kasut hitam di sekolah juga akan dilaksanakan apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 2 Januari dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang 2021.
Kementerian Pendidikan juga membenarkan kanak-kanak yang tidak memiliki kerakyatan, termasuk pelarian untuk belajar di sekolah kebangsaan tahun depan.
Sementara itu, Kerajaan akan memperkenalkan duti eksais untuk minuman bergulaberkuat kuasa 1 April tahun depan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga memansuhkan pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan menggantikannya dengan skim baru membabitkan 185,000 isi rumah yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.
Begitu juga, kerajaan negeri Selangor hanya akan memberikan 25 meter padu air percuma kepada kumpulan B40 berbanding keseluruhan isi rumah yang menikmati air percuma pada masa ini.
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun atas alasan sambutan untuk program itu agak rendah.
Kerajaan negeri Selangor juga akan menamatkan Tabung Warisan Anak Selangor, yang lebih dikenali sebagai Tawas tahun depan.
Sementara itu, Tabung Harapan yang dilancarkan kerajaan baru untuk mengutip derma daripada rakyat yang ingin meringankan beban kewangan kerajaan, akan menamatkan kutipan pada 31 Disember.
Petunjuk ekonomi sangat menggalakkan, kata Guan Eng
Petunjuk ekonomi sangat menggalakkan walaupun ekonomi sangat menggalakkan walaupun kerajaan Pakatan Harapan masih baru, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Antara lain, beliau berkata pelaburan langsung asing Malaysia meningkat sebanyak 250 peratus kepada RM49 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018 manakala eksport mencatat rekod apabila meningkat ke paras RM96.4 bilion.
Inflasi pula rendah pada 1.2 peratus dalam tempoh Januari-September 2018, kata Lim.
“Kita wajar mengambil perhatian bahawa keadaan ekonomi global menghadapi cabaran yang lebih teruk berbanding dengan yang kita hadapi di Malaysia dan oleh itu, kita yakin jika rakyat bersatu padu, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, kita akan menjadi kuat dan stabil sebagai sebuah negara dalam menangani semua cabaran ekonomi masa depan,” katanya dalam ucapan Tahun Baharu 2019 menerusi Facebook Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
Beliau berkata kerjaan Pakatan Harapan mahu memenuhi aspirasi rakyat sebaik mungkin.
Lim berkata kerajaan berhasrat untuk menambah baik skim kebajikan seperti Dana Perlindungan Kesihatan, yang membolehkan individu dalam segmen B40 yang dimasukkan ke hospital kerajaan memohon pembayaran sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari setahun atau bersamaan RM700.
“Kesejahteraan ekonomi rakyat akan terus ditekankan oleh kerajaan, dan kerajaan akan terus memberi bantuan kepada peneroka Felda, penoreh getah, dan mereka yang bekerja di bandar-bandar kecil dan bandar-bandar.
“Kami adalah kerajaan untuk semua warga Malaysia. Tahun baharu perlukan aspirasi baharu untuk semua, dan marilah kita bersama-sama menjadikan 2019 sebagai tahun untuk Malaysia pulih selain memberi cahaya harapan untuk anak-anak kita. Selamat Tahun Baharu 2019,” katanya.- BERNAMA
Larangan merokok di kedai makan kuat kuasa 12 malam ini
Ke mana Mat Hasan nak bawa Umno
Saya telah diamanahkan untuk menjalankan tugas presiden Umno. Berat tanggungjawab yang membayangi tugas ini. Umno kini berada di kedudukan paling kritikal dalam perjalanan panjangnya, dan pelbagai ketidaktentuan menanti.
Pada masa ini, Umno memerlukan segala daya usaha dan komitmen anggota-anggota setia, untuk mendukung, memulih dan membangunkan semula parti kita sebagai gerakan politik dan amal bakti.
Sebelum membentangkan iltizam baru Umno untuk tanahair, ada dua perkara yang perlu saya jelaskan kepada semua ahli Umno dan rakyat Malaysia tentang arah baru yang akan diambil parti kita.
Yang pertama, membangunkan semula Umno akan mengambil masa. Sejujurnya, tiada rumus yang mudah dan tepat yang boleh diambil untuk terus digunakan. Lebih-lebih lagi dinamik politik Malaysia dan global sangat deras berubah.
Justeru saya meminta semua ahli Umno, rakan dan taulan Umno, untuk bersedia melalui jalan yang sukar dan berliku ini bersama-sama. Biar apa pun yang menanti di hadapan, kita akan tempuh dan lalui bersama dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.
Sabar jodoh bahagia
Cuma, janganlah sesekali mengharapkan kejayaan pantas. Tetapi yakinlah bahawa sabar dan tabah itu jodohnya bahagia.
Semoga dengan muafakat ini, tugas kita untuk memulihkan Umno akan menjadi amal soleh dan menempah kejayaan.
Yang kedua, dalam membangunkan semula Umno sebagai parti berwibawa dan diyakini, kita mesti mencari kelaziman baharu atau ‘a new normal’.
Umno memerlukan kecerdasan yang baru dan radikal. Bukan lagi retorik dan slogan kosong.
Maka sikap dan landasan pemikiran kita juga harus disesuaikan untuk memanfaatkan peranan baru Umno.
Gejala politik lama yang telah melemahkan Umno dari dalam, harus dihentikan, dan ahli-ahli perlu membuka telinga kepada maklum balas rakyat walaupun ia mungkin sukar didengari.
Ramai yang tertanya-tanya ke mana Umno akan dibawa selepas tahun yang penuh cabaran ini. Oleh itu, di bawah, saya menggariskan lima iltizam Umno untuk tanahair, yang akan kita jadikan pedoman dalam membangunkan jalan ke hadapan.
Sepuluh jong masuk pelabuhan Melayu bercawat minda lagi. Sudah 61 tahun Melayu berkuasa bawah UMNO akhirnya reput, hilang kuasa akibat kerakusan para penyamun, lanun, koruptor dan munafik menguasai parti itu. Jangan salah orang lain kerana Melayu terpinggir menjadi pengemis di bumi sendiri. Kalau kamu pilih para pemimpin kelas penyamun, munafik, korup maka hancurlah segala mimpi kamu. Apa yang kamu tanam itulah yang kamu dapat. BERSATU bertekad memperjuangkan nasib Melayu/Bumiputra yang dihanyutkan oleh maharaja segala lanun di masa lalu. Melayu mesti berani menempuh gelombang cabaran, bukan dengan emosi melulu, tapi dengan ilmu pengetahuan, ide-ide super bernas, berjiwa dinamis dan positif, berpegang pada tali Allah dan patriotis. Kata peribahasa bersatu teguh bercerai runtuh. Kita boleh berbedza pendapat tapi mesti bersatu dalam wadah perjuangan Melayu dan Islam. Melayu mesti keluar dari kepompong fantasi Mat Jenin, banyak mimpi dari tindakan bererti. Allah tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu kalau orang Melayu sendiri tidak mengubahnya. Revolusikan minda Melayu melalui berbagai ilmu pengetahuan. Pegang pada wahyu 'iqraq' (bacalah) sebagai pedoman hidup.Menguasai ilmu bermakna menguasai kuasa. Melayu mesti membentuk sejarah gemilangnya. Jangan harapkan pihak lain memapah dan membantu kalian dalam perjuangan hidup. BERSATU mesti memperlihatkan kepimpinan yang super dinamis, berpegang pada tali Allah, menghargai ilmu, tidak korup, berjiwa patriotis. Jangan hanya menjaja slogan kosong, menjadi pahlawan mimpi, menipu rakyat, zalim dan rakus. Ingat kehancuran UMNO yang berkuasa 61 tahun sebagai iktibar. Seluruh umat Melayu dari petani, nelayan, buruh, lebai dan haji, pegawai dan istana mesti insaf dan bersatu tekad memperkasakan perjuangan bangsa dan agama. Tun Mahathir telah memberi ingatan kepada umat Islam mesti bersatu memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan Islam. UMNO sudah kulluhum, muka-muka tokak, kudis buta dan puru politik masih berkuasa parti itu. Berjuta umat Melayu yang menjadi ahli UMNO perlu berhijrah ke BERSATU sebagai wadah perjuangan Melayu Baru dengan semangat waja yang progresif, dinamis, berakartunjangkan Islam dan ilmu sebagai penubrak zaman dan bukan sebagai pengekor angin. Moga-moga Allah berkati perjuangan BERSATU sebagai pemimpin Bangsa, Agama dan Negara. Allah-hu-Akhbar. - Yahaya Ismail TS.
Hentikan amalan kerajaan lama, DAPSY bidas Naib Presiden PPBM
Pakatan Harapan perlu menghapuskan semua bentuk politik naungan yang pernah diamalkan kerajaan terdahulu, tegas Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Howard Lee.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman bahawa parti tersebut perlu menggunakan sumber kerajaan untuk mempertahankan kuasa
Beliau juga dilaporkan berkata Bersatu perlu mengekalkan kuasa “dengan apa cara sekalipun”.
“Ia bukanlah jenis kemenangan yang diperjuangkan PH, dan pastinya bukan cara kita untuk masa akan datang.
“Kita perlu banteras semua bentuk politik naungan, dan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) yang menunjukkan tanda-tanda melakukannya.
“Ini kita mesti lakukan, dengan apa cara sekalipun,” katanya dalam kenyataan.
Howard yang juga Adun Pasir Pinji dalam pada itu turun menyatakan sokongan terhadap Pemuda Bersatu yang membantah kenyataan Ab Rashid.
“Kami pasti pandangan Rashid tidak mewakili Bersatu. Kami juga menyokong penuh Pemuda Bersatu yang jelas menolak kenyataannya,” katanya lagi
Pengarah Strategi Bersatu Rais Hussin turut membantah kenyataan Rashid sambil menegaskan ia bukan bukan pendirian parti itu.
“Itu bukan pendirian Bersatu sama sekali. Bersatu menjaga integriti dan ini amat penting dan dekat dengan kita.
“Kami tidak mahu ulang apa yang berlaku ketika era (pentadbiran) parti lain. Maka apa yang dikatakannya adalah pandangan peribadi, tidak pernah dibincang dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi dan tidak disokong sesiapa,” katanya seperti dilapor media. – Roketkini.com
POLIS Klang Selatan menafikan dakwaan bahawa anggotanya bertindak kasar terhadap Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin ...
Timbalan menteri saman Azwanddin RM20 juta
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong menyaman aktivis antikerajaan Azwanddin Hamzah kerana menuduhnya memakai pakaian seragam komunis di hadapan tentera Melayu.
Pengerusi Biro Undang-undang Dap Ramkarpal Singh berkata saman itu difailkan oleh tetuan Messrs Karpal Singh & Co pada 27 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Dalam saman ini, Liew menuntut daripada Azwanddin, antara lain, ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta serta perintah injunksi yang menyekat Azwanddin menyiarkan semula artikel sama pada masa depan,” kata Ramkarpal.
Liew merujuk kepada tulisan Azwanddin di Facebook pada 20 Ooktober lalu serta tulisan di laman web Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada 19 November bertajuk “Kementerian Pertahanan kini berada dalam tekanan dan ancaman”.
Azwanddin ialah presiden JMM.
Pengurusan kes ditetapkan pada 29 Januari tahun depan.
Azwanddin pada 14 November lalu enggan memohon maaf walaupun dituntut atas alasan “tidak akan tunduk terhadap ugutan khususnya daripada pemimpin DAP.”
Liew menjelaskan beliau sebenarnya baju korporat jaket safari yang disediakan Kementerian Pertahanan.
Syed Saddiq slams those who still solicit contracts and positions
TS
Naib presiden: Bodoh kalau tak guna sumber kerajaan
"Pandangan bodoh" - kata Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman terhadap pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak agar parti itu dapat mengekalkan kuasa.
Rashid berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 hari ini, dan disambut dengan tepukan gemuruh.
Kata-kata itu selepas Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan membuat gesaan itu.
"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang.
"Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.
Sebelum ini, ketika tersebar gambar dan video Anwar Ibrahim berbual mesra dan bergelak ketawa dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO di Parlimen, kecoh seluruh negara membuat pelbagai spekulasi mengenainya.
Walhal, kejadian itu hanyalah suatu kebetulan di mana memang menjadi kebiasaan sesama Ahli Parlimen bergurau senda sesama mereka.
Namun, oleh kerana ia melibatkan Anwar dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang baru hilang kuasa, gurau senda dan gelak ketawa itu segera ditafsirkan ada agenda yang tersembunyi untuk tujuan mempercepatkannya menjadi Perdana Menteri.
Begitulah politik adanya....
Kemudian Rafizi Ramli memuat-naik gambar pertemuannya dengan Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar di sebuah restoran di ibu kota.
Berbeza dengan gurau senda dan gelak ketawa Anwar dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO di Parlimen yang sebenarnya hanyalah kebetulan, pertemuan Rafizi, KJ dan Nurul Izzah adalah sesuatu yang dirancang dan ada temujanjinya.
Pertemuan itu segera digambarkan mereka dikatakan merancang menubuhkan parti mewakili anak muda bagi menghadapi PRU15 akan datang, meskipun mereka barangkali sekadar bertemu biasa, minum-minum dan berbual kosong saja.
Tetapi, begitulah politik adanya...
Semalam, tersebar pula gambar dan video percutian bersama antara Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein serta keluarga masing-masing di Maghribi.
Dengan kedudukan mereka yang berbeza parti, tetapi dikatakan sama-sama sedang "dijaga" dan pro kepada Tun Mahathir Mohamad, percutian bersama itu tidak dapat dielakkan menimbulkan macam-macam andaian serta spekulasi.
Sekali lagi, begitulah politik adanya...
Ada yang mengandaikan, Azmin dan Hishammuddin sedang merancang sesuatu dan berdasarkan pergolakan politik semasa, kedua-dua mereka dikatakan tidak mustahil akan menyertai Bersatu selepas ini bagi "mencerahkan" kerjaya politik masing-masing dan sekaligus bertujuan menyingkirkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.
Lebih memusykilkan, gambar dan video yang pada mulanya dimuatnaik oleh salah seorang anak Azmin dalam Instagramnya, didapati dipadam tidak berapa lama kemudiannya.
Kenapa dipadamkan?
Jika sekadar percutian keluarga dan tiada maksud yang lain, mengapa perlu dipadamkan?
Apakah ia dipadamkan kerana Azmin dan Hishammuddin tidak menyangka percutian mereka bersama itu akhirnya diketahui oleh rakyat umum serta penyokong masing-masing dan ia telah menimbulkan kekeliruan lain yang tidak dijangka?
Meskipun tidak dinafikan Azmin dan Hishammuddin adalah kawan lama dan tinggal pula berdekatan, tetapi percutian bersama itu sukar dinafikan seolah-olah ia ada sesuatu yang dirancang dan bukan sekadar percutian biasa.
Apakah semua ini ada kaitan dengan keputusan Hishammuddin tidak bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan UMNO, Jun lalu dan selari dengan tingkah laku Azmin yang kebelakangan ini semakin berani "melawan" Anwar, "mentornya" sendiri?
Tetapi, bukankah Tun Mahathir sekali lagi sudah mengulangi janjinya akan tetap menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dan sebarang perancangan atau komplot lain tidak mempunyai makna lagi?