Pages

Monday, 31 December 2018

[Video Majlis Paluan Berundur buat Ketua Pengarah Imigresen & PM Telah Beri Amanah Untuk Mengetuai NFCC" - Mustafar Ali] Tahun 2019: Apa rakyat dapat dari k'jaan baru?

Isnin, 31 Disember 2018

PM Telah Beri Amanah Untuk Mengetuai NFCC" - Mustafar Ali

Tahun 2019: Apa rakyat dapat dari k'jaan baru?

Beberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu, manakala sebahagian yang lain akan diteruskan.
Walaupun beberapa inisiatif kerajaan terdahulu dimansuhkan, sebahagian program yang memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diteruskan selepas ia dijenamakan semula.
Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diubah namanya kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membolehkan isi rumah berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bayaran RM1,000 mulai 1 Jan.
Selain itu kerajaan juga membekukan kenaikan tol untuk semua lebuh raya dan penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang dan Tambak Johor pada tahun 2019.
Kumpulan B40 akan mempunyai peluang untuk memiliki rumah buat kali pertama melalui dana RM1 bilion di bawah Bank Negara Malaysia.

Pembeli rumah kali pertama pula akan dikecualikan duti setem untuk hartanah berharga antara RM300,001 dan RM1 juta.
agi kumpulan B40 yang memiliki kereta dan motosikal dengan kapasiti masing-masing 1,500 cc dan 123 cc, akan terus menikmati subsidi minyak RON95 sebanyak 30 sen seliter.
Kumpulan ini juga mendapat pelan insurans yang dipanggil Skim Perlindungan Nasional B40 pada 1 Jan yang akan merangkumi 36 penyakit kritikal, di mana penerima akan memperoleh bayaran sehingga RM8,000.
Kerajaan juga merancang mengharamkan perokok merokok di semua restoran tahun depan dan mereka yang melanggar arahan ini boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara.
Pengguna perkhidmatan rel dan bas RapidKL pula berpeluang menerima pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan mulai 1 Januari 2019. 
Manakala pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan diberikan khusus bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL.
Tahun ini juga menjadi tahun sukar bagi majikan kerana peningkatan kos operasi berikutan usaha kerajaan menyeragamkan dan meningkatkan gaji minimum di seluruh negara kepada RM1,100 sebulan menjelang Januari.
Angka ini mewakili kenaikan RM50 daripada gaji minimum RM1,000 di Semenanjung dan peningkatan RM130 daripada gaji minimum RM920 di Malaysia Timur.
Pekerja asing pula diwajibkan membayar 80 peratus daripada levi tahunan sebanyak RM10,000, dengan bakinya 20 peratus dibayar oleh majikan
Kerajaan juga akan mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara bermula 1 Jun 2019 dalam usaha menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.
Minggu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan semula mekanisme penentuan harga petrol secara mingguan mulai tahun depan.
Di Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan premis hiburan mematuhi arahan tutup jam 1 pagi pada Januari, atau berisiko menghadapi tindakan. Berikutan itu, kerajaan Selangor berazam untuk melaksanakan peraturan itu.
Di bidang pendidikan, peperiksaan bagi murid tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan mulai tahun 2019 untuk digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Pemakaian kasut hitam di sekolah juga akan dilaksanakan apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 2 Januari dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang 2021.
Kementerian Pendidikan juga membenarkan kanak-kanak yang tidak memiliki kerakyatan, termasuk pelarian untuk belajar di sekolah kebangsaan tahun depan.
Sementara itu, Kerajaan akan memperkenalkan duti eksais untuk minuman bergulaberkuat kuasa 1 April tahun depan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga memansuhkan pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan menggantikannya dengan skim baru membabitkan 185,000 isi rumah yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih.
Begitu juga, kerajaan negeri Selangor hanya akan memberikan 25 meter padu air percuma kepada kumpulan B40 berbanding keseluruhan isi rumah yang menikmati air percuma pada masa ini.
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun atas alasan sambutan untuk program itu agak rendah.
Kerajaan negeri Selangor juga akan menamatkan Tabung Warisan Anak Selangor, yang lebih dikenali sebagai Tawas tahun depan.
Sementara itu, Tabung Harapan yang dilancarkan kerajaan baru untuk mengutip derma daripada rakyat yang ingin meringankan beban kewangan kerajaan, akan menamatkan kutipan pada 31 Disember.
mk.

No comments:

Post a Comment