Tumpang sekole.
Malaysia salah satu dari 18 negara di dunia yang masih belum meratifikasi ICERD.
Selain Malaysia, negara lain yang tidak meratifikasi ICERD adalah Korea Utara, Myanmar, Angola, Bhutan, Brunei
dan negara baru - Sudan Selatan.
Baki negara yang belum meratikasi ICERD adalah kepulauan keciliaitu Kepulauan Cook, Dominica, Kiribati, Kepulauan Marshall, Micronesia, Niue, Samoa, Tuvalu, Vanuatu, Nauru dan Palau.
Dalam dunia Islam, semua negara Islam telah meratifikasi ICERD, kecuali dua negara.
ArabSaudi, Iran, Indonesia, Palestin, Mesir, Pakistan, Iraqdan Turki adalah antara 55 negara Pertubuhan Kerjasama Islam yang meratifikasi ICERD.
Hanya dua negara Islam belum meratifikasi ICERD iaitu Malaysiadan Brunei.
tumpang sekole.
Samseng t**k kucing
Seperti yang kita semua tahu, segala-galanya adalah kerana wang. Dalam pada itu kita pun berlakon konon-konon ianya satu perjuangan suci.
Lihat saja betapa kelam-kabut budak politik yang berniaga kemeja T apabila himpunan nak membantah Icerd dibatalkan. Mereka mulanya tentu menjangkakan akan mendapat laba atas nama perjuangan.
Apabila diumumkan yang kerajaan tidak berhasrat untuk menandatangani perisytiharan berkenaan, maka hancur luluh segala impian untung yang berlipat ganda.
Namun tanpa rasa malu mereka merayu agar keputusan kerajaan itu ditangguhkan hanya kerana takut akan kerugian.
Ini adalah pejuang yang kerjanya siang dan malam bercakap mengenai peri pentingnya mempertahankan kepentingan satu-satu kaum.
Dan mereka sampai hati meminta kerajaan supaya menangguhkan untuk tidak bersetuju hanya kerana bimbang rugi dari segi kewangan.
Mereka laksana penjual senjata yang tidak mahu perang dihentikan kerana bimbang menanggung kerugian.
Buat huru-hara di kuil
Pejuang taik kucing adalah nama sesuai untuk mereka yang mahu mengaut laba daripada penjualan kemeja T mengenai kesusahan dan kebimbangan orang lain.
Cash is king - bak kata pemimpin politik suatu ketika dulu. Dan kita berasakan apa yang dicanang itu benar-benar telah tertanam di kepala banyak pejuang.
Buahnya itulah yang kita tuai sekarang ini.
Tengok saja samseng cap bulu ayam yang dibayar untuk mengambil alih kuil tempoh hari. Hanya dengan bayaran seratus dua, mereka tanpa ada malu menjeritkan nama tuhan.
Mereka tentu menyangka bayaran yang diterima sebagai imbuhan itu menjadikan mereka ada hak untuk membuat huru-hara di rumah ibadat tersebut.
Ada khabar yang mengatakan bahawa wang sebanyak RM1.5 juta telah dibayar kepada pihak kuil. Pengurusan kuil tersebut pula terpecah dua dengan satu pihak didakwa mengkhianati pihak yang lain dalam hal wang pampasan tersebut.
Membuat kacau di rumah ibadat apa agama sekali pun adalah salah. Melempar daging babi ke masjid, misalnya, adalah perbuatan teramat sial yang harus dihentikan.
Kita tidak mahu dek kerana tamak akan imbuhan kita tergamak bergaduh atas nama agama.
Berkelana cari suami
'Peguam' yang dituduh membayar samseng bulu ketiak itu juga tentu sekali berasakan wang adalah penyelesai segala masalah mereka.
Di Jepun sekarang telah berlaku ramai lelaki enggan berkahwin kerana bimbang wang hasil penat mereka bekerja nantinya terpaksa dibelanjakan kepada isteri dan anak-anak.
Mereka tidak mahu membelanjakan wang itu kepada orang lain kerana khuatir tidak cukup bekalan pada hari tua.
Kerana lelaki Jepun mementingkan wang (untuk diri sendiri) negara itu sedang berdepan masalah warga tua yang tidak mempunyai waris untuk menjaga mereka.
Pelacuran juga kian berleluasa. Kini sudah ada gadis dari negara matahari terbit itu membuat rombongan ke serata dunia demi mencari jodoh atau pasangan hidup.
Sedikit selingan: Kami sendiri mengenali dua gadis Jepun yang keluar dari negara itu hanya untuk mencari pasangan hidup. Kedua-duanya kini telah berkahwin dengan lelaki kita.
Menurut Noraini Kawamura, dia sudah ke India, Indonesia dan Malaya. Dan daripada pengembaraan itu dia memutuskan bahawa negara ini serta lelaki Melayunya paling sesuai dibuat suami.
Sombong dengan harta
Suami beliau ialah seorang pemandu lori dan beliau sendiri kini berkerja menjual Yakult ke merata tempat.
Sementara itu teman Noraini, Midori Takeda, pula memilih seorang pelukis batik sebagai suaminya. Kedua-dua mereka kini dikurniakan seorang anak.
Kita adalah jahat apabila menyokong partai politik hanya kerana memikirkan akan keuntuangan wang ringgit.
Kami dengan penuh syak mengatakan bahawa inilah yang mengakibatkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah penyokong partai yang tewas dalam pilihan raya baru-baru ini.
Kita semua sedia maklum yang hampir semua ahli politik dari partai yang pernah memerintah itu terlalu kaya. Juak-juak mereka juga tidak kurang hebatnya dan mereka menjadi sombong akibat mempunyai harta yang tidak jelas puncanya itu.
Kesombongan itulah yang menjadi punca kebencian rakyat. Justeru ia menjadi antara sebab mereka disingkirkan daripada memerintah negara ini.
Diharapkan kumpulan yang memerintah hari ini tidak pula menumpukan usaha masing-masing untuk mengayakan diri sendiri dan kroni.
Artikel kali ini dihiasi foto dari pameran Brehi oleh pasangan jurufoto Arif dan Soraya Talismail.
Pameran sedang berlangsung di Balai Seni Negara. Semua dijemput hadir dan masuk adalah percuma.
ABDULLAHJONES ialah seorang pelukis, penulis dan penyair yang kaya dan sedang perlahan-lahan keluar dari keresahan fikiran.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment