Kerajaan akan siasat kes di mana 52 pegawai kerajaan yang digugurkan dari kursus untuk menjadi pegawai pentadbiran dan diplomatik (PTD), kata Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri memberitahu pemberita hari ini bahawa Putrajaya tidak mahu sesiapa menjadi mangsa bajetnya.
Mk.
Amar Singh: Hati saya tetap dengan PDRM
Jika diberi pilihan untuk bekerja kembali, saya akan terus memilih untuk berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kerana ia suatu kerjaya yang terbaik dalam dunia, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh.
Amar Singh, 60, berkata tugasannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai selepas berkhidmat 35 tahun dalam pasukan beruniform itu.
"Saya seronok dengan tugasan ini dan tidak pernah menganggap kerja sebagai anggota polis sesuatu yang membebankan.
Walaupun tugas saya sudah tamat, tetapi hati saya tetap bersama PDRM. Ini kerana sejak zaman datuk saya, ayah saya dan kini saya sendiri terlibat dalam pasukan keselamatan ini," katanya pada Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta pegawai kanan lain.
Beliau menganggap rampasan serta serbuan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kes yang paling mencabar serta terbesar yang pernah dikendalikannya.
Amar Singh, yang berasal dari Ulu Kinta, Perak bersara wajib hari ini selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai Kadet ASP pada 2 Feb 1983.
Antara jawatan penting yang pernah disandangnya adalah Komandan Pulapol Kuala Lumpur (2007), Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur (2010), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Bukit Aman (2014) dan Ketua Polis Kuala Lumpur (2016).
Amar Singh dilantik sebagai Pengarah JSJK pada 13 Okt tahun lepas yang menjadikan beliau sebagai pegawai kanan berbangsa Punjabi pertama menjawat jawatan itu.
Beliau sepatutnya mengakhiri perkhidmatan (bersara wajib) pada 6 Jun lepas, namun perkhidmatannya disambung secara kontrak selama enam bulan sehingga esok.
Jawatan Amar Singh kini dipangku Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkuat kuasa hari ini.
- Bernama
Mk.
No comments:
Post a Comment